Monday 12 September 2011

salah FAHAM


Mengapa insan lain selalu salah faham?
Hanya kerana satu baris ayat yang umum..
Kenapa mereka tidak mahu bertanya terlebih dahulu?
Mencari kepastian, kebenaran..
Kemudian menelan rialiti...
Barulah menjatuhkan hukuman, jika perlu..

Mengapa tiap baris kata yang umum..
Terus terusan disimpulkan dengan pemikiran sendiri?
Tanpa bertanya pada empunya badan?

Kejamnya insan itu..
Tatkala niat yang baik..
Telah disalah ertikan sewenangnya..

Di mana darjatnya sebagai manusia?
Bila mana ia selalu berfikiran negatif pada niat orang lain?
Selalu prejudis pada insan lain..
Syak wasangka pada manusia lain..
Bersangka buruk pada nawaitu orang lain...

Manusia,
Belajarlah dari masa lalu mu..
Belajarlah dari kesilapan lalu mu..
Ambil pengajaran
& cuba teruskan hidup ini
Tanpa mengulangi kesilapan yang sama berulang kali...

Manusia,
Hiduplah dengan lebih bermaruah!
Jangan biar dirimu sering salah faham pada insan lain..
Positifkan akal & minda mu..
Pandanglah insan lain dari sudut kebaikannya..
Bukan keburukannya..

Belajarlah sesuatu dari hidup ini,
Kerana hidup ini hanya sia-sia
Jika kau tidak menghargai tiap kesilapan & perubahan yang kau lalui

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment