Monday 12 September 2011

DiAAAmmm...

berdiam diri,
lebih baik dari bercakap lebih-lebih

berdiam,
lebih baik dari mengata orang lain

diamkan diri,
lebih mulia dari membuka aib/pekung insan lain

berdiamlah,
sesungguhnya itu lebih baik buat mu,
menggurangkan dosa mu...

lebih baik berdiam,
daripada banyak berkata-kata sehingga terlepas kata,
terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata? (sendiri mau ingat la..)

lebih baik kita berdiam & mendengar,
daripada bercakap sehabis air liur & tanpa sedar telah menyakiti insan lain

orang kata...banyak berkata,
akan memperlihatkan kebodohan kita
akan membuat kita membuka rahsia (tanpa sedar)
akan mengundang kita mengumpat..
mengeluarkan kata berunsur fitnah..
astaqfirulhalazimmm...

berdiamlah,
sesungguhnya itu lebih baik buat mu..
berkatalah bila perlu sahaja..
& berkatalah yang baik-baik sahaja..

semoga diri mu sentiasa dirahmati Allah swt...
amin ya Rabb..

No comments:

Post a Comment