Monday 12 September 2011

benci??

apa perlunya anda memBENCI seseorang?
wajarkah anda BENCI orang lain?
kenapa harus BENCI?

hanya kerana dia diuji,
& dia gagal dalam ujian itu,
(dia tersungkur jauh dari kebenaran, dia leka, lupa diri..)
haruskah anda memBENCI dirinya?
haruskah semua orang menafikan dirinya?
tiadakah ruang maaf buat nya?
tiadakah peluang lagi buat nya?

jika anda ditempatnya?
anda diuji Allah swt..& anda kecundang?
apa yang anda rasakan bila semua insan pulaukan anda?
menafikan kewujudan anda?
tidak mau beri kemaafan pada anda?
tidak memberi peluang kedua buat anda?
bagaimanakah rasanya??

bagi ku...
jangan pernah ada BENCI..
jangan pernah disemai DENDAM di hati..

anda harus maklum...
di dunia ini pelbagai ragam manusia,
bermacam onak & suka duka hidup..
pelbagai ujian yang harus kita tempuh..

setiap manusia pasti pernah gagal & kecundang..
tewas oleh nafsu... (harta, pangkat, wanita/lelaki )
oleh itu.. marah & beremosi itu tidak mengapa..
(namun jangan berpanjangan)
lepaskanlah semua rasa itu..
kemudian MAAFKANLAH...
seterusnya BERSABARLAH...

sesungguhnya hidup ini tak mudah,
namun ia akan kelihatan mudah
bila anda mampu menerima & REDHA
pada takdir & ketentuan, qada & qadar Allah swt

ingatlah..
Allah swt menguji seseorang itu
berdasarkan kemampuannya...
pandanglah segalanya dari sudut positif..
selepas ini anda akan menjadi insan yang lebih kuat,
kuat zahir & batin..
mampu menelan apa jua kebenaran & rialiti hidup..
insyaallah...

salam kasih sayang...
buat setiap satu daripada anda yang pernah terluka..
teruslah kuat menghadapi hidup ini..
kumpullah amal & jauhi sifat BENCI..

No comments:

Post a Comment