Tuesday 19 June 2012

special day..for AYAH


kepada ayah ku..
selamat hari bapa..
semoga diberi kesihatan yang baik..
rezeki melimpah ruah..
kasih sayang selautan.. : )

Buat abang long pula..
Selamat hari ayah.. hehe
Baru jer beberapa bulan dapat zayyan kan..? : )

Semoga Allah swt senantiasa memberi nikmat
& kebaikan buat mu..
Agar diri mu mampu memelihara keluarga tercinta

p/s Jadi la anak, abang, suami & ayah yang baik : )

~ mizz wid ~

Friday 15 June 2012

ramuan UTAMA



Tika bersendiri..ku terfikir..
Apa sebenarnya ramuan UTAMA yang perlu ada
Dalam sebuah rumah tangga??

Kasih sayang dan cinta?
atau.. Wang ringgit & material?

Atau mungkin, yang perlu adalah sifat ikhlas,
Memahami, sikap toleransi,
& jelas akan nawaitu berumah tangga..

Aku masih kurang jelas,
Mengapa pasangan yang sememangnya bercinta sakan
Tapi setelah berkahwin, punya anak satu,
Ada saja perkara yang tak kena..

Apakah tiada perbincangan?
Kurang komunikasi?
Tiada rundingan?
Atau pasangan tersebut sama sama keras kepala
& enggan mahu bertolak ansur?

Aku yang blom berkahwin,
punyai rasa gusar di hati…
Betapa rumitnya sebuah rumah tangga itu..
Kerana ia melibatkan 2 manusia..
& juga insan lain yakni mertua, ipar duai.. anak-anak..

Namun ku pasti,
Andai pasangan itu JELAS dengan
NAWAITU @ NIAT perkahwinannya
Maka mereka pasti mampu miliki DAMAI sebuah rumah tangga..

Dalam tegas kita..kadang kala, beralah itu perlu..
Mengalah tak bermakna kalah..
Ia mencerminkan kekuatan peribadi..
Keberanian anda, untuk memberi sesuatu kepada  insan tersayang

Percaya itu perlu,
Namun jangan keterlaluan..
Kerana kau & aku manusia..
Kita insan hina..
Yang terkadang lalai, lupa..
Leka dengan kesenangan yang diberi..
Berada di zon selesa hingga tak perasan
ada hati yang terluka dalam diam..

jadilah manusia yang punyai kesedaran
jadilah pasangan yang  jelas akan nawaitu @ niat sesuatu IKATAN SUCI..

~ mizz wid ~

Subjek: Alam & Manusia


Sedang busy keje..
Terimbas kembali kisah lalu..
Terbayang suasana kampong ,
Ketika menaiki bas dari daerah ku
Menuju ke ibu kota…

Ku lalui kawasan kampong yang damai..
Pohon hijau nan rimbun..
Sejuk mata memandang..
Di belakang rumah..terdapat sungai  yang mengalir deras..

Walau pun rumah kampong..
Namun kebanyakan atap nya dihiasi
Dengan piring astro..
Canggih kan?? Hehe..
Time tu, kat rumah aku pun blom pasang astro tau!
Eheheh.. moden la sangat kampong mereka nih!
Maha Suci Allah swt.. yang mencipta segala keindahan
&  memberikan kesenangan pada umat manusia..

Tapi.. bila ku bandingkan keadaan itu
Dengan tempat ku kini..
Jauh microwave dari suiz nya… hik..hikk ..
Kat kawasan rumah aku ni..
Dah la tak nyaman, udara tak segar..
Nak pedih dah mata memandang..
Penyakit berleluasa.. denggi.. kencing tikus.. huhu

Mungkin begini la natijahnya..
Apabila manusia suda tidak kasih pada alam..
Alam akan melakhnati manusia..
Dengan timbulnya pelbagai bencana..
Virus.. penyakit yang berleluasa..
Nauzubillah..

~ mizz wid ~