Saturday, 23 July 2011

1st nite..sakit gigi pulak..

Sakit gigi boleh menyerang sesiapa pun, termasuk pengantin baru. Oleh itu jangan mudah berburuk sangka. Menurut anak saya yang masih mengaji di suatu fakulti dokter pergigian lebih dari 90 persen anak-anak mengalami serangan penyakit caries. Peratusan yang lebih kecil dialami oleh orang dewasa. Namun dalam kes berikut orang dewasa pada saat malam pertama ternyata mengalami sakit gigi yang teruk.

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang...! Macam mana ni bang..?"

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: "Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."

Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".

sumber:http://suplirahim.multiply.com/journal/item/64
rujukan: Malaydublin
(CiK WiD mohon share.. thx)

Apabila kamu berkawan dengan lelaki


ingatlah ada dua pilihan terbentang..............;

PERTAMA...
...kamu jadi seperti KELAPA...
mudah diperoleh..
diparut...diperah..
dan diambil santannya...
lepas itu hampasnya dibuang...

KEDUA...
Kamu menjadi sebutir MUTIARA..
berada di dasar lautan...
tersimpan rapi..
dilindungi kulit...
bukan senang nak lihat..
apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah ...
berusaha menyelami dasar lautan...
dapat memperolehnya..
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya..

jadi..
kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..
di sebalik SANTAN..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisi habis ditelan..
dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa SANTAN..

MUTIARA...
tertanam di dasar paling dalam...
sukar andai mengharap jadi perhatian..
kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi PERMATA HIASAN..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama MUTIARA tertanam..
makin tinggi nilainya..

oleh itu...
pilihlah sendiri...
menjadi SANTAN..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

menjadi MUTIARA..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis rupawan..
hilang ia..

tangisan mengiringi zaman..
~INSYA'ALLAH~


Sumber: Ashra Iqtishaz @fb
(CiK WiD mohon share...thx)

Tuesday, 19 July 2011

kenapa perempuan cantik pakai tudung??


1. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia nak tutup aurat.

2. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia jaga maruah..diri..dan keluarga.

3. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia cantik.

4. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia tak hendak tunjuk kecantikan dia..kecuali pada yang berhak.

5. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia seorang yang pandai..pandai jaga diri.

6. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia anak solehah…

7. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia hormati orang lain..

8. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab takut apabile dia tak pakai tudung orang tengok dia cantik..dan ada niat yang tak baik..

9. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab tak nak diminati ramai lelaki sangat..

10. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab tak nak menyusahkan orang lain..

11. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat pahala..

12. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat menghindari maksiat..InsyaAllah ..

13. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab supaya dapat menjadi contoh pada perempuan lain..

14. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab supaya lelaki yang beriman saja yang suka dia..

15. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab mendengar suruhan Nabi…

16. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya.. Jadi dia tak nak sewenang2nya menunjuk kepada lelaki.. Kerana jika dia menunjuk maknanya dia dah tak bernilai kerana mahkota dia telah dilhat oleh semua lelaki (kecuali keluarga).

17. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..

18. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab patuh pada suami..

19. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab paling penting.. Dia orang Islam…

20. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?.
Sebab dalam Al-Quran suruh dia pakai tudung.. Kalau orang Islam tapi tak berpegang pada Al- Quran.. Nak berpegang pada apa lagi..??

21. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasal anda memang cantik lah kalau pakai tudung.. Orang lelaki memang suka org perempuan yang pakai tudung…

22. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasal mereka tahu kalau tak pakai tudung mereka akan “syok sendiri” yang mereka tu lawa… Rugi lah kalau begitu… Pakailah tudung wahai muslimah Islam.. Serius ni…

23. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasai dia tak mahu orang lelaki suka kat dia pasal nafsu semata2… Mesti nak kat dia pasal agama dan akalnya yang baik… .

24. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab … … Banyak lagi sebab…

pastu ada seorang bertanya, perempuan yang tak bertudung tu tak cantik la ye? haa, sape nak jawab?

p/s: cantik itu subjektif…
semua org dilahirkan cantik…
apatah lagi jika mengikut syarak yang ditentukan Allah. kan?


Sumber: Nur Asyirah @fb
(CiK WiD mohon share..thx)

betul ke..wahai WANITA..???

siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini
...
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

perempuan, stoking pon kena pakai

cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

komfem x tahan bertutup semua

tapi, perempuan cool jek

tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap2 bulan, mesti ada penyakit

nak pergi kelas pon susah

cuba tengok budak lelaki , selamber jek

kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive je

tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati mereka Allah jadikan lembut betul

cepat je sensitif

cuba tengok orang putus cinta

selalu perempuan yg paling susah nak lupa

lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

siapa yg paling teruk menangis?

perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

lembut tak lembut hati perempuan

tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah

diorang cakap, Allah x adil

kenapa Allah lebihkan lelaki?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?

disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang

betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

betul, isteri kena ikut cakap suami

tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

banyak lagu pasal perempuan kan?

jarang kita dengar lagu pasal lelaki

sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

perempuan senang nak masuk syurga

tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah

betapa sayangnya Allah padamu

betapa cintanya Allah padamu

tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

kesiannya dekat perempuan yang tolak untuk jadi seindah hiasan kan?

Sumber: Niza Soraya @fb
(CiK WiD mohon share..thx)

DAKWAH si anak kecil....

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah dakwah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hen.........dak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”.

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu “Kalau begitu, benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya.

“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu, namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.

Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.

Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Dan akhirnya pintu rumah itu dibuka

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.

Mukanya suram dan sedih.

“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu.” kata makcik itu dalam nada yang penuh lembut.

Minggu berikutnya sebelum khutbah solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan sedikit tazkirah.

Sebelum selesai tazkirahnya dia bertanya “Ada sesiapa nak bertanya atau menyatakan sesuatu.”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu.

“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini”. Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.

Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka…..Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu, ALLAH Maha Esa.

Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Semua para jemaah mengalirkan air mata. Mereka mengucap syukur pada Allah. Ramai juga yang bertakbir, ALLAHUAKBAR!

Imam lantas meluru menuju ke arah anaknya dan terus memeluk anaknya yang berada di bahagian saf hadapan dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Ingat, sesungguhnya ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kita semua!

Allahu Akbar!

Sumber: Umi Rasyidah Rahmat.. copy paste dri badar
(CiK WiD mohon share..thx)

TUHAN itu wujud...


Dikisahkan ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila tukang gunting memulakan tugasnya, mereka pun berbual dan bercakap mengenai banyak perkara. Tetapi apabila mereka mula berbicara mengenai Allah, tukang gunting itu berkata, "Saya tidak percaya Allah itu wujud." Lelaki tadi kehairanan lalu bertanya "Kenapa kamu berkata begitu?" Tanya si lelaki tadi.

Tukang gunting itu pun menjawab, "Cuba kamu keluar ditengah jalan itu dan tunjukkan kepada saya bahawa Allah itu wujud. Jika benar Allah itu wujud, kenapa ramai orang diluar sana sakit? Kenapa masih ramai kanak-kanak yang terbiar? Kalau benar Allah itu wujud, sudah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup di dalam dunia ini. Saya tidak dapat bayangkan Allah yang Maha Penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku."

Lelaki itu pun berfikir sejenak. Tetapi dia tidak dapat memberi sebarang jawapan yang terbaik kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas tukang gunting itu selesai menggunting, Lelaki tadi pun beredar. Setelah berjalan beberapa langkah, lelaki tersebut terpandang kepada seorang lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggutnya tidak terurus. Lelaki tersebut kemudian berpatah balik dan masuk semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata, "Adakah kamu tahu sebenarnya tukang gunting juga tidak wujud?"

Tukang gunting dengan nada kehairanan bertanya "Mengapa kamu berkata begitu? Sedangkan saya baru sahaja menggunting rambut kamu sebentar tadi."

"Tidak!", kata lelaki tersebut. "Jika tukang gunting wujud, sudah tentu tidak ada orang yang berambut panjang, tidak terurus dan kotor serta mempunyai janggut yang panjang dan kotor seperti lelaki ditepi jalan itu.", Jawab lelaki itu sambil menunjukkan jari ke arah lelaki yang berambut panjang ditepi jalan berhadapan dengan kedai gunting tersebut.

Tukang gunting tersebut pun terus berkata, "Ah! mana mungkin, tukang gunting sememangnya wujud!, Lelaki tesebut menjadi begitu kerana dia tidak datang kepada saya untuk menggunting rambutnya!."

"Tepat sekali kata kamu!", Kata lelaki tadi. "Itulah dia! Allah sememangnya wujud, keperitan dan penderitaan terjadi disebabkan manusia tidak mengingatiNya dan kembali kepadaNya untuk memohon pertolongan."

Marilah kita sama-sama renungkan bersama..

Sumber: Ashra Iqtishaz @fb
(CiK WiD mohon share..thx)

pesanan buat mu.. SRIKANDI MUSLIMAH..

hayatilah…
Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
TIDAK MEMANDANG DAN TIDAK DIPANDANG
Perempuan cantik itu
TIDAK MENGENALI DAN TIDAK DIKENALI
Perempuan cantik itu
TIDAK MENEGUR DAN TIDAK DITEGUR

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana WANITA SOLEHAH ITU
LEBIH BAIK DARIPADA
SERIBU LELAKI YANG TIDAK SOLEH

p/s :Wahai adik2 muslimah marilah mengambil iktibar,
jadilah muslimah sebenar,
jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu.
sampaikanlah pada sahabat2 kalian
sekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini

Sumber:Niza Soraya @fb
(CiK WiD mohon share..thx)

Duhai saudara MUSLIM ku..


Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!! Mufti Perak, Datuk Har...ussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wa...jib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal

[3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia. Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7)Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar. Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim. Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...

Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia .

Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka! Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM.

Sumber: Rosita Japri

Thursday, 14 July 2011

Dilema isteri berkerja

Saya percaya, ramai di kalangan isteri yang bekerja mempunyai pelbagai dilema antaranya tak cukup waktu untuk menguruskan diri sendiri, suami dan anak-anak, seolah-olah 24 jam sehari tak cukup untuk isteri merangkap ibu melakukan segala beban kerja. Di bandar-bandar besar, kebanyakan isteri didorong untuk keluar kerana bekerja atas alasan tekanan keperluan kehidupan.

Satu perkara yang lumrah pada hari ini untuk dikatakan bahawa pendapatan yang hanya datang dari pihak suami kurang mencukupi bagi sesebuah keluarga menjalani kehidupan mereka. Apatah lagi dalam keadaan taraf kehidupan pada hari ini yang semakin tinggi. Oleh sebab itu, isteri secara sukarela mengambil keputusan untuk keluar rumah bekerja bagi mendapatkan pendapatan lebih bagi keluarganya sebagai memastikan keluarganya berada dalam keadaan yang selesa.

Apabila isteri-isteri ini sudah berada di luar rumah, maka mereka terpaksa memendekkan masa dalam mengurus hal-hal rumah tangga. Sesetengah mereka tidak menghadapi masalah kerana ahli-ahli keluarga yang lain, terutamanya pihak suami memahami keadaan mereka. Walaupun demikian, sesetengah mereka yang lain merasa agak tertekan kerana keluarga masih menuntut perhatian secara sepenuhnya apabila wanita ini pulang dari tempat kerja.

Masalah ini bukan sahaja dialami oleh mereka yang berpendidikan sederhana tetapi turut dialami oleh mereka dari golongan professional seperti doktor, peguam, arkitek dan sebagainya. Sesetengah kaum suami tidak menyedari dan tidak cuba memahami tekanan yang dialami oleh isteri mereka kerana menganggap bahawa kerja-kerja di rumah mudah untuk dilaksanakan dan ia adalah suatu fitrah untuk dilaksanakan oleh kaum isteri. Apabila keadaan ini berlaku maka berlakulah suatu dilema dalam diri isteri berkenaan.

Dilema yang dialami merupakan suatu rasa keliru dan bersalah berhubung peranan mereka sebagai seorang isteri (dan juga ibu) dengan tuntutan naluri sendiri untuk bekerja. Rata-rata golongan wanita yang berpendidikan amat memahami tentang konsep kedudukan wanita dari segi syariahnya dan cuba untuk menyempurnakan tanggung jawab tersebut secara sempurna.

Akan tetapi, keadaan mereka yang bekerja sudah tentu menghalang pelaksanaan ini dibuat secara sempurna dan tekanan menjadi lebih berat apabila pihak suami mempertikaikan kegagalan mereka melaksanakannya dengan sempurna (disebabkan keizinan yang diberikan oleh suami kepada isterinya adalah keizinan separuh hati).

Tuntutan tanpa toleransi dari pihak suami terutamanya seolah-olahnya menjadi syarat yang menderakan bagi mendapatkan keizinan dari suami untuk memiliki kerjaya. Hal ehwal rumah tangga masih sepenuhnya berada di atas bahunya. Sekalipun kewujudan pembantu rumah sewajarnya dapat mengurangkan beban kerja yang ada, tetapi sesetengah suami tetap mahukan urusan-urusan tertentu dilakukan oleh pihak isteri kerana tidak berpuas hati dengan hasil kerja pembantu rumah.

Keletihan isteri tidak diambil kira dan menganggap bahawa, oleh sebab suami merupakan ketua rumah tangga dan isteri berkewajipan mentaatinya, maka dia mempunyai hak untuk mempertikaikan kepatuhan dan ketaatan isteri terhadapnya. Bagi wanita yang berhadapan dengan situasi ini, mereka akan menganggap bahawa mereka tidak dilayan dengan adil dan pihak suami sebenarnya telah memanipulasi kuasa kepimpinannya di dalam keluarga.

Sekiranya keadaan ini dibiarkan saya percaya tekanan yang dialami akan menjadikan keadaan rumah tangga yang kurang sihat selain berlakunya ketidak-stabilan dalam rumah tangga. Hasil penyelidikan yang dibuat oleh majalah-majalah yang berkonsepkan feminisme menunjukkan bahawa perkara ini bukanlah isu yang remeh-temeh malah perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

Keadaan yang kurang menyihatkan ini perlu ditangani agar tidak menyebabkan kerapuhan institusi kekeluargaan dan merantaikan masalah-masalah sosial yang lebih buruk. Di dalam hal ini, sudah pasti kaum wanita yang menghadapinya inginkan penyelesaian yang diredhai oleh Allah SWT, tidak merasa bersalah untuk memberi penumpuan kepada kerjaya dan masih merupakan seorang isteri atau ibu yang taat dengan perintah Allah.

Dapat kita perhatikan di sini bahawa masalah yang dihadapi oleh isteri dalam dilema ini sebenarnya ialah penerimaan hakikat oleh pihak suami dalam kesediaan mereka untuk bertoleransi dengan keadaan tersebut. Dalam surah An-Nisaa ayat ke 34, Allah telah berfirman, "Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.

Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

Ayat ini mengupas tentang kepimpinan seseorang lelaki dan kuasa autokrasinya, yang antara natijahnya memerintahkan ketundukan dan ketaatan pihak wanita atau isteri terhadapnya. Kepimpinan ini adalah disebabkan beberapa kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah kepada golongan ini berbanding wanita. Dan kelebihan ini sebenarnya disertai dengan pelaksanaan tanggung jawab yang besar.

Apabila seorang lelaki menjadi ketua rumah tangga, dia bertanggung jawab untuk mencari pendapatan demi memberi perlindungan dan makan pakai kepada ahli keluarganya. Selain itu, dia juga perlu menyediakan kemudahan pendidikan kepada anak-anak, juga sumber bagi setiap ahli keluarganya melakukan aktiviti-aktiviti sosial. Dan yang paling utama ialah memastikan akidah setiap ahli keluarganya tidak terpesong.

Tanggung jawab ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud, "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang ma'ruf." (Surah Al-Baqarah ayat 233)

Di dalam Islam, perbincangan yang berkaitan dengan rumahtangga lazimnya menjadikan kedua-dua dalil yang dinyatakan sebelum ini sebagai asas dan prinsip yang menjadi pegangan dalam berumahtangga. Walau bagaimanapun, konsep "lelaki adalah pemimpin atau ketua bagi wanita" sebenarnya perlu sama-sama diseimbangkan dengan ketentuan-ketentuan yang lain dalam ajaran Islam.

Dan dalam konteks ini keseimbangan dan kesaksamaan perlu diwujudkan dalam menyediakan penyelesaian berhubung pengurusan rumah tangga disebabkan isteri sama-sama keluar bekerja. Iaitu suatu penyelesaian yang bersifat fleksibel dan tidak mengetepikan kepentingan dan kebajikan kaum wanita.

Jika isteri bekerja dengan tujuan membantu ekonomi keluarga dan pada masa yang sama, suami juga bekerja, sudah tentu ia adalah harus selagi menjaga tatasusila Islam semasa di tempat kerja dan juga mampu melaksanakan kewajibannya sebagai ibu dan isteri. Jika terdapat mana-mana suami yang membuat syarat yang isteri terpaksa bekerja kerana suami tidak mampu menampung perbelanjaan rumah jika cuma suami seorang menjana pendapatan, maka hendaklah:-
1. kedua-dua suami-isteri mempunyai 'planning' sebaiknya. Suami kena plan bagi tempoh beberapa tahun awal selepas kahwin disebabkan kos hidup yang tinggi bagi pasangan berkahwin, dan pasangan masih muda.

2. bertujuan membantu suami atau keluarga di kampung yang benar-benar terdesak.

3. berbentuk 'temporary', sementara tiada anak sebagai persiapan ekonomi untuk beranak-pinak dalam keadaan yang lebih selesa.

4. memberikan isteri pengalaman kerja di peringkat awal agar jika sesuatu berlaku kepada suami, isteri sudah berpengalaman, boleh dan mampu berdikari dengan lebih berkesan.

5. menamatkan perjanjian kerja dengan majikan atau kerajaan akibat perjanjian biasiswa dahulu.


Adapun, menjadikannya syarat seperti 'syarat yang paling utama' serta mengharapkan isteri untuk terus membantu selama-lamanya, ini sedikit sebanyak mendedahkan kelemahan sang suami.

Pasti ramai suami dan sebahagian isteri yang tidak berpuas hati dengan kenyataan seperti ini, terpulang. Cuma fikir semula sebelum bantah secara total. Apapun hakikat dan realiti di hadapan anda, menyuruh atau mengharap isteri bekerja dan pada masa yang sama mengharap isteri:
1. didik anak dengan hebat dan berkesan
2. layan suami dengan baik,
3. senyum melebar setiap kali bertemu suami yang 'penat' bila balik,
4. tempat suami mengadu masalah dan dapatkan sokongan,
5. memberikan buah fikiran yang baik kepada suami yang buntu di tempat kerja
6. untuk in-charge untuk menjaga berak kencing anak,
7. basuh baju,
8. gosok baju,
9. sidai, angkat dan lipat baju,
10. urut badan suami,
11. masak sedap-sedap,
12. basuh pinggan-mangkuk,
13. sapu dan buang sampah,
14. kemas rumah,
15. cuci tandas,
16. tangani karenah anak dengan baik,
17. ajar anak mengaji,
18. tidak membebel,
19. tidak mahu dengar anak menangis dan harap isteri berperanan,
20. tidak muncung dan lain-lain

Menuntut perkara di atas dan pada masa yang sama menyuruh isteri kerja adalah bertentangan dengan fitrah yang ditentukan oleh Allah kepada wanita. Adalah tidak adil sama sekali bagi seorang suami 'demand' hal sedemikian untuk disempurnakan oleh isteri dalam masa yang sama diharapkan income isteri untuk pembiayaan rumah dan kereta dan barang dapur.

Jika suami ingin isteri membantu ekonomi (yang sepatutnya tanggungjawab utama sang suami), maka sebahagian senarai kerja di atas patut di ambil-alih oleh suami sebagai timbal balik kepada jasa isteri itu. Jika tidak mahu, mereka perlu mengambil pembantu rumah yang boleh diharap 'cover' sebahagian kerja-kerja teknikal tadi.

Kesimpulannya, suami perlu berilmu cara mengawal rumah tangga dan anak-anak akibat isteri bekerja. Sebarang kekurangan dalam rumah tangga akibat kedua-duanya bekerja adalah di bawah tanggungjawab suami. Jangan salahkan isteri yang bekerja sebagai gagal melaksanakan tanggungjawab di rumah, kerana suami yang 'beri' dan 'minta' isterinya bekerja from the very beginning atas sebab-sebab yang disebutkan di atas.

Justeru, suami kena kontrol jenis kerja isteri, tempoh masa, suasana sekeliling isteri, jika kecemasan bagaimana, keletihan isteri yang bekerja ini setakat mana, apakah perkara yang terpaksa dikorbankan disebabkan kerja isteri dan lain-lain. Tatkala itu, suami perlu cari apakah jalan penyelesaiannya terbaik. Secara ringkasannya, suami must be a good planner, manager and he is just like a CEO.

Buat para suami, cuba lihat sedalam-dalamnya, patutkah isteri bekerja untuk membantu anda meneguhkan ekonomi? Apakah tanda aras keteguhan ekonomi? Dan sampai bila mampu tercapai? Jangan biarkan kebahagiaan rumahtangga tergadai dan bercerai kerana terlalu asyik mengejar duniawi.

Fikir-fikirkanlah!

Artikel diolah-semula dari sumber: UZAR dan IKIM

Panduan buat suami isteri bekerja - Keputusan majlis Fiqh Sedunia

Sebagai panduan buat suami isteri bekerja, disertakan keputusan majlis Fiqh Sedunia tentang perkara berkaitan. Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :-

1. Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri

Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Syariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, sama ada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara beliau membelanjakannya.

2. Nafkah perkahwinan

Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).

3. Isteri keluar bekerja

• Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.
• Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

4. Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga

• Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).

• Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu-membantu dan bertolak-ansur di antara suami isteri.

• Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan mereka termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.

• Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain)


5. Kerja Sebagai Syarat

• Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.

• Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.

• Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.

• Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.


6. Perkongsian isteri dalam pemilikan harta

Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.


7. Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan

• Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberapa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Syariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.

• Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.

• Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan.
Kesimpulan UZAR

• Fitrah wanita menuntut perhatian utama mereka untuk suami, anak dan keluarga. Dan silibus kejayaan mereka adalah dalam bidang ini.

• Wanita dibenarkan bekerja jika keperluan yang disebutkan di atas benar-benar berlaku.

• Walaupun wanita dibenarkan bekerja, ia tidak bererti suami boleh duduk berehat jaga anak di rumah. Sepatutnya suami perlu meningkatkan kualiti diri untuk lebih maju ke hadapan sehingga boleh menanggung keluarga tanpa bantuan isteri.

• Suami isteri bekerja adalah diterima dalam Islam selagi mereka tahu dan bijak merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak dan tidak digalakkan isteri berterusan bekerja tanpa sebab-sebab yang mendesak. Sekadar disandarkan oleh perasaan untuk lebih bermewah dan mudah membeli belah (sehingga menggadaikan masa depan anak dan keluarga) dengan menggunakan duit sendiri adalah tidak diterima oleh Islam.

• Menurut Syeikh Prof Dr Md 'Uqlah, tugas asasi wanita adalah amat besar iaitu sebagai penentu dan pencipta kerjaya seluruh manusia (menurut asbab kepada hukum alam). Komen saya: ini kerana mereka diberikan kedudukan oleh Islam untuk mencorak segala pemimpin lelaki masa akan datang iaitu dari kecil hingga besar. Malangnya mereka tidak menganggap besar dan mulianya tugasan itu sehingga mereka mencari kerjaya di luar rumah yang menghasilkan sedikit gaji yang dicintainya. Justeru, kembalilah sebagai pencipta kejayaan lelaki dan wanita dari rumah. Ia adalah silibus kejayaan wanita dalam Islam.

Sumber: UZAR
(CiK WiD mohon share..TQ)

Hadith Nabi s.a.w.:
Daripada Salman bin 'Amir r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim."

Hadith riwayat al-Tirmizi

MAHKAMAH HATI

Bukankah kita sering diperingatkan, berani kerana benar, takut kerana salah? Benar itu menjadi sumber keberanian. Salah itu punca ketakutan. Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan, akibat terus menerus melakukan kesalahan.

Bersalah menimbulkan rasa bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi bersalah kepada Allah.

Mahkamah pengadilan itu ada tiga. Pertama, mahkamah di dunia, yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga. Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan. Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini. Jerung sering bolos, bilis sahaja sering di gilis.

Kedua, mahkamah di akhirat, yang hakimnya Allah yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar akan terserlah, yang salah pasti kalah. Akan ketara segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata. Tidak payah didatangkan saksi atau pun barang bukti kerana apa yang ada pada diri akan “hidup” untuk menjadi saksi. Kulit, tangan, kaki dan segala anggota akan bercakap. Rupa-rupanya “body” yang kita jaga, elus dan belai kini, akan mendakwa kita di mahsyar nanti. Dan di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki.

Ketiga ialah mahkamah hati. Saksi, pendakwa dan hakimnya adalah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa bersuara walau cuba dipendamkan oleh tuannya. Protesnya terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia. Fitrahnya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke penjara jiwa yang lebih menyakitkan. Ya, dosa boleh disembunyikan daripada pengetahuan manusia, tetapi tidak akan mampu disembunyikan daripada Allah dan hati sendiri.

Kita mungkin mampu menipu manusia, tetapi kita tidak akan mampu menipu Allah dan diri sendiri. Jadi, ke mana lagi kita ingin menyembunyikan diri ketika dipanggil untuk dibicarakan di mahkamah hati? Setia masa, setiap ketika dan di setiap suasana hati kecil akan bersuara. Tidak tega dengan kesalahan, tidak rela dengan kemungkaran. Dosa itu derita. Kerana yang salah atau dosa itu sangat memberi kesan pada jiwa. Bila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua ‘perlanggaran’. Pertama, perlanggaran ke atas fitrah hati yang tabii. Kedua, perlanggaran terhadap Allah, zat yang Maha Tinggi.

Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan. Jangan dilawan fitrah sendiri yang menyukai kebaikan dan membenci kejahatan. Fitrah ini adalah kurniaan Allah, yang dengannya seseorang boleh menerima pengajaran dan didikan. Jika fitrah sukakan kebaikan itu disubur, dididik dan dipimpin, maka jalan hidup akan harmoni dan bahagia. Sebaliknya, jika fitrah yang baik itu dibiarkan, diabaikan apatah lagi jika ditentang, maka tidak akan ada lagi kebahagiaan dan ketenangan.

Jadi, hati-hati menjaga hati, agar hati itu tidak mati! Rasulullah SAW sangat arif tentang hakikat ini. Justeru, apabila beliau ditanyakan, apakah itu dosa? Baginda menjawab: “Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya.” Oleh itu, awaslah wahai diri. Dosa itu adalah racun. Bahananya akan merosak secara perlahan atau mendadak.

Kata ulama, mujurlah dosa itu tidak berbau, jika tidak, tidak akan ada siapa yang sudi mendekati kita. Justeru, sering-seringlah bersidang di mahkamah hati. Selalulah bertanyakan hati kecil sendiri. Hati itu tidak akan berdusta selagi ia tidak mati!

Dikirim dalam Kemudi Hati | Label: Allah, hati, HIDUP, MATI. DOSA

Sumber: http://genta-rasa.com/2009/07/10/mahkamah-hati/
(CiK WiD mohon share..TQ)

DILEMA MELAYU-ISLAM: KURANG FIKIR ATAU KURANG ZIKIR

01. MUKADIMAH

1.1 Usaha pengupayaan ummah mestilah bermula dengan faktor manusia. Soalnya, manusia yang bagaimanakah ingin kita bina untuk memperkasa umat Islam-Melayu masakini? Apakah kita sudah ada gambaran jelas tentang “end product” (produk akhir) yakni rupa lahir dan batin tenaga manusia yang ingin kita hasilkan daripada proses pembangunan insan yang sering diuar-uarkan?

1.2 Allah SWT telah menjelaskan dua ciri penting “tenaga kerja terbaik” buat melaksanakan misi pengupayaan umat ini. Dalam Al Quran, Allah telah merakamkan peristiwa kekaguman anak perempuan Nabi Syuaib AS terhadap Nabi Musa AS yang telah menolong mengangkat air untuk memberi minum kambing-kambing peliharaan mereka. Kisah ini menjadi latar di sebalik firman Allah ini:
“Sesungguhnya orang yang paling baik untuk engkau berikan kerja, adalah orang yang kuat lagi amanah.” Al Qasas: 26

1.3 Istilah ‘Al Amin’ dalam ayat itu merujuk kepada sifat mukmin (amanah). Perkataan ‘Al Qawi’ (kekuatan) merujuk kepada ciri-ciri keperkasaan (professional)). Justeru , pengertian “Al Amin” dan “Al Qawwi” dalam konteks kontemporari merujuk kepada faktor integriti seperti jujur, amanah, telus, sabar dan lain-lain sifat mahmudah yang disepadukan dengan nilai-nilai kompetensi seperti berilmu, berketrampilan, menguasai Sains dan Teknologi, mampu berkomunikasi dan sebagainya.

1.4 Secara ringkasnya, modal insan yang ingin kita lahirkan ialah mereka yang mempunyai integriti (“high touch”) sekaligus memiliki kompetensi (“high tech”) untuk membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negara dari segi spiritual dan material dengan mensejajarkan pelaksanaan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, peranan hamba dan khalifah, keupayaan diri dan masyarakat, kesepaduan ilmu Naqli dan Aqli, demi kebahagiaan dunia dan akhirat, berlandaskan kesucian zikir (kebersihan hati) dan kekuatan fikir (ketinggian teknologi).


02. BERMULA DENGAN ILMU

2.1 Langkah pertama untuk menuju perubahan ialah memiliki ilmu. Ayat Quran yang pertama bermula dengan iqra’ – bacalah. Maksudnya, membaca itu anak kunci kepada ilmu. Sedangkan ilmu itu pula ialah kunci kepada kejayaan. Nabi Sulaiman pernah ditawarkan untuk memilih samada harta, kuasa atau ilmu. Ternyata, Nabi Sulaiman memilih ilmu, lalu baginda mendapat ketiga-tiganya sekali – ilmu, harta dan kuasa. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya jika kita inginkan kejayaan dunia dan akhirat, mestilah dengan ilmu.

2.2 Setiap kita adalah pemimpin. Untuk memimpin kita perlukan ilmu, sama ada memimpin diri sendiri lebih-lebih lagi untuk memimpin orang lain. Leaders are learners. Jika Melayu ingin maju, menuntut ilmu perlu dijadikan budaya. When you stop learning, you stop leading. Jika budaya “berseronok” dan berhibur secara keterlaluan (hedonisme) seperti yang dipromosikan sekarang terus berleluasa, Insya-Allah Melayu tidak akan maju sebaliknya akan “melayu”.

2.3 Untuk maju umat Islam memerlukan dua bentuk ilmu. Pertama ilmu wahyu (“revealed knowledge”) yang fungsinya membangunkan insan. Kedua, ilmu Aqliah (“aqquired knowledge”) yang fungsinya memajukan kehidupan. Ilmu wahyu terbahagi kepada tiga bahagian yang utama – tauhid, fiqah dan tasawuf (akhlak). Tauhid ialah ilmu yang membentuk sistem kepercayaan (“belief system”), fiqah mengandungi peraturan-peraturan lahiriah (kod tingkah laku), manakala tasawuf ilmu berhubung “peraturan” hati (sistem nilai).

2.4 Pada dasarnya ilmu wahyu ini bersifat mutlak, kecuali perubahan dari segi pelaksanaan terutamanya dalam bidang fiqah yang bersifat fleksibel selaras dengan perkembangan zaman dan persekitaran. Sehubungan dengan ini, imam mujtahid dibolehkan berijtihad dengan syarat itu mesti dibuat dalam lingkungan syariat juga.


03. PERANAN ILMU

3.1 Matlamat akhir ilmu wahyu ialah melahirkan generasi Muslim yang memiliki sifat-sifat positif dalam hubungannya dengan Allah dan sesama manusia. Apabila sifat-sifat positif ini menjadi amalan, maka akan terbentuklah satu kehidupan yang lebih harmoni, bersatu dan berkasih sayang.

3.2 Ilmu Aqliah pula terbahagi kepada banyak bidang, antaranya sains, matematik, ekonomi, psikologi dan lain-lain. Ilmu ini berguna untuk memberi bentuk kehidupan yang lebih baik di bidang pengangkutan, telekomunikasi, ketenteraan, kesihatan, permakanan dan lain-lain. Berbeza dengan ilmu wahyu, ilmu-ilmu ini bersifat “nisbi” (berubah) dan dinamik. Ia sentiasa berkembang mengikut perkembangan zaman. Pakar-pakar sains, ekonomi, pendidikan, dan lain-lain, bekerja di bidang masing-masing untuk memberikan satu kehidupan yang lebih makmur dan selesa kepada manusia.

3.3 Walaupun kedua-dua ilmu ini terpisah dari segi fungsinya, tetapi sumbernya tetap daripada Allah jua. Ilmu wahyu lebih “direct” justeru diturunkan kepada para rasul melalui perantaraan Jibrail. Manakala, ilmu aqli bersumberkan akal yang hakikatnya juga dicipta Allah. Jadi sifatnya lebih “in direct”. Atas dasar ini, ada cerdik pandai yang berpendapat ilmu pada dasarnya bersifat “neutral”, terpulang kepada pemiliknya sama ada menjadikannya Islam atau tidak.

3.4 Jika ilmu sains dikembangkan dan digunakan selaras dengan kehendak-kehendak Islam maka jadilah ia ilmu Islam. Tetapi, jika ilmu agama sekalipun tapi digunakan bertentangan dengan kehendak Islam, maka ia jadi tidak Islamik. Menurut mereka, tidak timbul istilah “mengislamkan” ilmu, yang perlu “diislamkan” cuma manusianya sahaja!

3.5 Ilmu wahyu dan ilmu aqliah sangat perlu untuk menjalankan peranan manusia di dunia – hamba Allah dan khalifah. Ilmu wahyu yang diletakkan pada taraf fardu ain, sangat penting untuk membentuk sifat kehambaan seperti taat, sabar, patuh, reda, qanaah, pemurah, pemaaf dan sebagainya. Masyarakat yang menghayati dan mengamalkan ilmu wahyu akan menjadi sebuah masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu, bebas daripada penyakit sosial seperti zina, arak, judi, dadah dan lain-lain. Penghayatan ilmu wahyu juga dapat membendung kejahatan dari dalam diri manusia, di samping penguatkuasaan undang-undang dan peraturan lahiriah.

3.6 Ilmu Aqliah yang diletakkan pada taraf fardu kifayah, sangat penting untuk melahirkan sifat kekhalifahan dalam memimpin, mengurus dan mentadbir dunia dengan bijak, kompetensi, cekap, kreatif, inovatif, produktif dan lain-lain “comparative advantage” (daya saing). Masyarakat yang membudayakan ilmu aqliah akan menjadi masyarakat yang maju, moden dan progresif. Mereka akan bebas daripada sifat malas, jumud, dungu, pak turut dan lain-lain sikap negatif yang membantutkan kemajuan.

3.7 Secara mudah boleh dikatakan, ilmu fardu ain menjadikan manusia baik, ilmu fardu kifayah akan menjadikan manusia cerdik. Kedua-duanya penting kerana orang yang cerdik tetapi tidak baik, akan menipu. Manakala orang yang baik tetapi tidak cerdik akan ditipu. Maka untuk mengelakkan daripada menipu dan ditipu, kita perlukan kedua-dua jenis ilmu. Ia tidak boleh dipisahkan justeru kepentingannya untuk mencapai ketinggian dunia dan akhirat.

3.8 Dengan kebaikan dan kecerdikan yang dibina oleh kedua-dua ilmu ini manusia akan menjadi hamba Allah dan khalifah yang sempurna. Akan terbangunlah tamadun rohani dan pembangunan fizikal yang memartabatkan semula umat Islam sebagai “khaira ummah” – umat terbaik!


04. PROSES FIKIR DAN ZIKIR

4.1 Untuk mendapat kedua-dua ilmu ini, ada dua proses yang perlu dilalui oleh umat Islam. Kedua-dua proses ini dinyatakan oleh Allah s.w.t. menerusi firman-Nya:
Maksudnya: Mereka yang sentiasa berzikir (ingat) kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
(Surah Ali ‘Imran: 191 )

Dua proses itu ialah “zikir” dan “fikir”. Ulama menjelaskan zikir yang dimaksudkan ialah membaca, memahami dan mengambil iktibar secara lansung daripada ayat-ayat “maqruah” (al-Quran). Manakala yang dikatakan fikir pula ialah melihat, merenung dan berfikir tentang ayat “manzurah” (alam dan segala ciptaan Allah).

4.2 Zikir dan fikir adalah seperti irama dan lagu. Ia tidak boleh dipisahkan. Dengan berfikir, kita akan tiba pada satu realiti bahawa alam yang teratur dan tersusun tentu ada pengaturnya. Mustahil fikir akal, alam yang tersusun ini terjadi dengan sendiri. Tentu ada yang menciptanya. Siapakah dia? Sampai ke tahap ini, dengan berfikir semata-mata, akal tidak akan mendapat jawapannya. Maka ketika itulah fikir mesti merujuk kepada zikir, yakni ayat al-Quran. Dalamnya terjawab dengan jelas nama, sifat dan perbuatan Pencipta yang Maha Agung – Allah. Benarlah kata Buya Hamka, “Hujung akal (fikir) adalah pangkal agama (zikir).”

4..3 Namun “fikir” tetap penting. Ia adalah asas segala ilmu aqliah – sains, matematik, geografi dan lain-lain. Dengan berfikir seseorang akan mengetahui rahsia ciptaan Allah – haiwan, tumbuhan dan planet-planet. Pengetahuan ini akan membolehkan manusia menjadi “pakar” tentang alam seterusnya menguasainya. Apabila manusia sudah menguasai alam, maka dengan mudah mereka membangun, mengurus dan mentadbirnya.

4.4 Faktor “fikir” inilah yang meletakkan darjat manusia lebih tinggi daripada malaikat sekali gus layak menjadi khalifah di muka bumi. Walaupun pada mulanya, para malaikat seolah-olah “ragu” dengan keputusan Tuhan untuk menjadikan Adam, tetapi akhirnya malaikat akur apabila Tuhan menunjukkan betapa hebatnya manusia mengetahui “nama-nama benda”. Firman Allah:
Maksudnya: Dan diajarkan kepada Adam nama-nama benda seluruhnya.
(Surah al-Baqarah: 31)

4.5 Maksud “dan diajarkan kepada Adam nama-nama benda seluruhnya,” dalam ayat Quran itu sebenarnya adalah lebih mendalam. Bukan sekadar namanya tetapi “sifat-sifat benda” (attribute of nature) itu juga turut terangkum dalam makna yang dimaksudkan. Dengan kelebihan itu, manusia menjadi makhluk yang paling arif tentang sunnatullah (law of nature) sekali gus melayakkan mereka menjadi khalifah. Walaupun, manusia mempunyai potensi membinasa (seperti yang pernah “dibimbangkan” oleh malaikat) namun dengan akal mereka juga berpotensi membangunkan dunia ini.

4.6 Jawatan khalifah tidak diserahkan kepada malaikat, justeru walaupun dunia akan “aman”, tetapi ia akan muram, beku dan tidak membangun. Lalu bagaimana untuk menghindarkan manusia yang berpotensi membina dan membinasa ini menjalankan peranannya dengan baik? Ya, fikir manusia mesti diiringi oleh zikir. Maksudnya potensi aqliah mesti dipimpin oleh wahyu. Wahyu mesti menjadi dasar, pemantau dan pengawal akal fikiran.

4.7 Untuk maksud itu, Tuhan telah mengutuskan rasul demi rasul agar akal manusia sentiasa dipimpin oleh wahyu. Dengan itu “fikir” manusia sebagai khalifah akan dipimpin oleh “zikir”nya sebagai hamba Allah. Hanya dengan jiwa hamba sahaja manusia akan dapat melaksanakan peranannya sebagai khalifah. Tanpa menjadi hamba kepada Allah, manusia tidak akan dapat menggunakan kuasa “fikir”nya untuk membina sebaliknya membinasa.


05. AKIBAT KELEMAHAN ZIKIR & FIKIR.

5.1 Umat Islam masa kini sedang menderita akibat kekurangan fikir dan zikir. Akibat lemah “zikir” (penghayatan terhadap ilmu wahyu atau fardu ain), umat Islam tidak bersatu padu, berkrisis sesama sendiri dan mengalami pelbagai penyakit sosial. Dari segi keruntuhan akhlak, masyarakat Islam seolah-olah sama sahaja dengan masyarakat bukan Islam.

5.2 Manakala akibat lemah “fikir” umat Islam ketinggalan dalam bidang sains, teknologi, ekonomi, ketenteraan dan lain-lain lagi. Umat Islam tidak lagi menjadi khalifah di dunia tetapi menjadi “Pak turut” kepada Barat. Pencerobohan Afghanistan dan Iraq misalnya, turut disokong oleh negara-negara Islam yang tunduk kepada Amerika. Kenapa terjadi demikian? Sebab, kita tidak ada kekuatan senjata, ekonomi, media dan sebagainya.

5.3 Kita mesti kembali menguatkan zikir dan fikir. Inilah jalan penyelesaiannya. Sayangnya, ini juga menimbulkan satu lagi dilema – yang mana lebih dahulu zikir atau fikir? Kita dapati ada sesetengah pihak lebih cenderung “berzikir”, sementara ada pihak lain yang condong “berfikir”. Malah sedang berlaku semacam satu pertembungan antara ilmu wahyu dan ilmu aqli, fardu ain dan fardu kifayah, peranan hamba dan khalifah.

5.4 Mana lebih kita perlukan hafiz atau saintis? Pakar hadis atau pakar IT? Isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang heboh diperkatakan satu ketika dulu adalah rentetan daripada pertembungan itu. Padahal, jelas Islam memerlukan umat yang bersepadu yakni mereka yang kukuh ilmu wahyunya, teguh ilmu akalnya – bersih rohani, canggih teknologi!

5..5 Ada ibu bapa yang cenderung menghantar anaknya ke sekolah agama kerana bimbangkan anak mereka menjadi mangsa penyakit sosial. Mereka beranggapan, hanya ilmu agama sahaja akan menjadi perisai terhadap gejala itu. Sebaliknya pihak yang sinis dengan sekolah agama pula beranggapan bahawa masyarakat Islam akan kekurangan doktor, jurutera, peguam, pakar ekonomi dan lain-lain golongan profesional jika trend menghantar anak ke sekolah agama ini dibiarkan berterusan.

5.6 Jika dibiarkan kedua-dua pihak terus bertelagah, dikhuatiri akan muncul dua produk serpihan sistem pendidikan yang tempang ini. Pertama golongan agamawan yang banyak zikir kurang fikir – “baik” di sudut akhlak tetapi kurang berkesan dan tidak cekap dalam pengurusan dan pentadbiran bidang-bidang profesional. Kedua, golongan profesional yang banyak fikir kurang zikir – cekap melaksanakan peranan khalifah (pengurusan dan pentadbiran) tetapi penuh dengan sifat-sifat mazmumah seperti pembohong, tamak, pecah amanah dan rasuah.


06. DILEMA – MANA DAHULU ZIKIR ATAU FIKIR?

6.1 Dilema itu seharusnya tidak timbul jika kita benar-benar faham bagaimana kedua-dua ilmu itu disampaikan kepada manusia. Tokoh-tokoh silam yang tersohor, misalnya Imam Ghazali, walaupun terkenal sebagai ulama dalam bidang tauhid, fiqah dan tasawuf, tetapi beliau juga pakar dalam bidang astronomi, falsafah dan bahasa. Manakala tokoh seperti Ibnu Sina, yang terkenal dalam bidang perubatan, ialah seorang hafiz dan turut memiliki pengetahuan yang tinggi dalam ilmu hadis. Dan jika kita menyingkap kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Ghazali, sewaktu membicakan soal “fikir”, jelas memaparkan betapa tingginya ilmu beliau tentang bintang-bintang, haiwan dan tumbuhan.

6.2 Jarang kedapatan ulama yang mampu mengintegrasikan ilmu wakyu dan ilmu aqli dalam sebuah buku pada masa kini. Di sekolah-sekolah para ustaz dan uztazah yang mengajar ilmu Tauhid tidak mengaitkannya dengan asas-asas sains sedangkan al-Quran kaya dengan dasar-dasar sains apabila Tuhan mendorong manusia melihat dan merenung bagaimana bumi, langit, gunung-ganang dan haiwan diciptakan.

6.3 Sebaliknya, guru-guru sains pula tidak langsung menyelitkan unsur-unsur tauhid sewaktu mengajar tentang kejadian hujan, kitaran pemakanan, pembiakan haiwan dan sebagainya. Alhasil, agama telah diajar tanpa fikir. Sains diajar tanpa zikir. Lalu bagaimanakah nanti para pelajar hendak mengaitkan agama dengan kehidupan dan menyusun kehidupan dengan agama?

6.4 Hakikatnya, ilmu wahyu bolehlah diumpamakan sebagai dasar (tapak) pada ilmu Aqli yang menjadi bangunannya. Tanpa bangunan, tapak tidak mempunyai apa-apa makna. Manakala tanpa tapak yang kukuh, bangunan walau sebesar mana pun pasti akan runtuh.

6.5 Sepatutnya, kedua-dua ilmu perlu disampaikan secara bersepadu justeru begitulah al-Quran diturunkan untuk difahami, dihayati dan diamalkan oleh manusia. Biologi, Fizik dan lain-lain mata pelajaran sains sewajarnya menjadi landasan atau saluran manusia untuk mengenal dirinya sebagai hamba Tuhan dan kemudian menggunakan ilmu-ilmu yang sama untuk melaksanakan peranannya sebagai “wakil” (khalifah) di muka bumi.


07. SEPADUKAN ZIKIR DAN FIKIR.

7.1 Soalnya, bersediakah pakar-pakar dalam bidang pendidikan dunia Islam melihat perkara ini dengan lebih kritis, adil dan profesional tanpa dibauri oleh kepentingan dan tekanan ahli-ahli politik? Mampukah pakar-pakar pendidikan kita membentuk satu kurikulum pelajaran dan pendidikan yang meletakkan input tauhid dan sains dalam satu bekas yang sama? Dapatkah dasar pendidikan dibentuk dengan meletakkan elemen fikir dan zikir pada satu paksi yang sama?

7.2 Hingga dengan itu para ustaz mampu mengajar sains dan guru sains pula boleh mengajar agama? Hingga dengan itu, mata pelajaran agama tidak “kering” atau “beku” nilai-nilai aqliahnya justeru disiram oleh fakta dan hujah saintifik. Manakala subjek sains tidak dibiarkan “bebas” daripada nilai rohani, bila diikat oleh roh tauhid dan tasawuf?

7.3 Ya, mungkin inilah antara cabaran utama umat Islam untuk meletakkan Islam ke era kegemilangannya semula. Masalah yang selalu menghantui umat Islam ialah mereka sendiri sama ada tidak faham ataupun salah faham terhadap Islam. Kemelut di bidang pendidikan ini mesti segera diatasi. Percayalah, kita masih mempunyai ruang dan peluang untuk membetulkan keadaan. Walaupun jumlahnya masih kecil, kini sudah ada golongan ulama yang mampu berhujah dengan fakta sains, matematik, falsafah dan ekonomi. Juga telah muncul para doktor, saintis, akauntan dan jurutera yang arif atau hafaz al-Quran.

7.4 Walaupun di tahap baru mencuba-cuba, kini telah ada buku-buku bacaan yang mula mengintegrasikan fikir dan zikir. Langkah ini setidak-tidaknya, telah bermula. Insya-Allah ia akan bertambah semarak dari semasa ke semasa. Ataupun kalau langkah itu masih jauh, mengapa tidak golongan agama dan golongan profesional yang telah dididik dalam “bekas” yang berlainan pada masa kanak-kanak dan remaja dahulu, kini kembali bersatu dalam bekas yang sama untuk saling bekerjasama membentuk satu barisan “fikir dan zikir” yang sepadu? Setidak-tidaknya, kita boleh bersatu demi mengelakkan konflik atau krisis yang tidak perlu.

7.5 Zikir dan fikir mesti bersatu, bukan berseteru! Malangnya, kini umat Islam Melayu berpecah – dan salah satu puncanya adalah kegagalan menyatukan semula fikir dan zikir serta segala permasalahan dan cabaran yang berkaitan dengannya. Dan akhirnya, ini membawa kepada satu pertembungan tradisi yang sudah sekian lama berlaku dalam diri umat Islam – memperjuangkan agama atau bangsa?


08. PEJUANGKAN AGAMA ATAU BANGSA?

8.1 Usaha untuk menyatukan semula antara zikir dan fikir sepertimana yang saya sebutkan sebelumnya, akan membawa kita kepada satu lagi persoalan yakni antara bangsa dan agama yang mana satu patut didahulukan? Pertembungan antara semangat nasionalisme dengan agama punya rentetan sejarah panjang dalam sejarah Islam. Tidak sedikit pihak yang berpendapat bahawa semangat nasionalisme Arab adalah suntikan penjajah untuk melemahkan dunia Islam Arab hingga memecahbelahkan mereka kepada beberapa negara seperti yang kita lihat pada hari ini.

8.2 Pernah saya diajukan soalan, apakah kita perlu memperjuangkan Islam dahulu kemudian baru Melayu, atau memperjuangkan Melayu dahulu kemudian baru Islam? Pernah juga pada satu ketika yang lain seorang mahasiswa dari sebuah Pusat Pengajian Tinggi bertanya (dengan nada yang keras), apakah kita harus menjadi pejuang bangsa atau pejuang agama?

8.3 Kedua-dua soalan ini jelas menunjukkan semacam ada satu dilema (kalau tidak pun satu konflik) antara memperjuangkan Islam dengan Melayu di kalangan kita. Soalan ini sangat menarik untuk diangkat menjadi satu persoalan, justeru mungkin ini antara satu faktor yang menyumbang ke arah perpecahan bangsa Melayu Islam masa kini.

8.4 Persoalan ini bukan sahaja telah dijadikan bahan polemik di kalangan ahli akademik, bahkan ia juga kerap dijadikan modal politik oleh parti-parti yang bersaing dan bertanding dalam pilihan raya. Misalnya, kerap kita dengar hujah yang mengatakan Islam itu agama manakala Melayu itu satu bangsa. Oleh itu, perjuangan Islam sifatnya adalah lebih global berbanding perjuangan Melayu yang bersifat sempit. Maka menurut golongan tersebut, memperjuangkan Islam jauh lebih relevan daripada memperjuangkan Melayu.

8.5 Tidak kurang pula ada kumpulan yang beranggapan bahawa perjuangan Melayu adalah perjuangan yang bersifat “asabiyah qaumiyah” dan itu adalah warisan jahiliah. Se¬balik¬nya, bagi mereka yang memperjuangkan bangsa pula beranggapan bahawa apa yang mereka perjuangkan tidak bertentangan dengan Islam kerana Rasulullah s.a.w. juga secara tidak langsung memartabatkan kedudukan bangsa Arab sewaktu memperjuangkan Islam dahulu.

8.6 Dari sini timbullah kumpulan yang selalu dilabel sebagai pejuang nasionalis dan pejuang Islam. Ada yang menggunakan label agama ada yang menggunakan label bangsa. Masing-masing mengaku bahawa perjuangan merekalah yang lebih tepat. Atas dasar itu, berlakulah pertarungan sengit yang tidak habis-habis walaupun hakikatnya kedua-dua kumpulan adalah seagama dan sebangsa.


09. SIAPA LEBIH ISLAM, SIAPA LEBIH MELAYU?

9.1 Siapa yang lebih Islam dan siapakah yang lebih Melayu? Dari sini timbullah krisis pemikiran dan tindakan yang muncul dalam pelbagai isu yang datang bertimpa-timpa. Antaranya manakah soal yang lebih penting fardu ain atau fardu kifayah, kerohanian atau pembangunan, hudud atau pendidikan, “ritual” atau “substance”, tudung di kepala atau iman di dada, ekonomi atau akhlak, hafiz atau teknokrat syariat atau syiar dan macam-macam lagi…

9.2 Terlepas daripada pola berfikir berasaskan kepentingan diri dan puak, kita sepatutnya boleh melihat persoalan ini dari dimensi yang lebih harmoni dan realiti. Realitinya, dalam konteks negara Malaysia, hubungan Islam dan Melayu sebenarnya sangat sinonim.

9.3 Definisi Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan perkara 160, tafsiran:
“Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan:

(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau

(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian.

9.4 Jelas melalui tafsiran itu, ada tiga ciri orang Melayu –, beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan istiadat budaya Melayu. Hakikat ini dengan sendiri meletakkan Islam sebagai satu ciri jati diri Melayu. Dengan kata yang lain, jika seseorang “membuang” Islamnya, maka secara automatik dikatakan hilang bukan sahaja nilai-nilai keislamannya tetapi juga sifat-sifat kemelayuannya.

9.5 Oleh itu dalam konteks Malaysia khususnya, secara mudah kita boleh mengatakan yang “Melayu itu Islam” dan “Islam itu Melayu’. Sungguhpun begitu ungkapan ini tidak relevan di peringkat antarabangsa kerana di dunia ini ada banyak bangsa lain yang beragama Islam seperti Arab, Turki, Kurdi, Monggol dan lain-lain.

9.6 Meskipun ada di kalangan orang Melayu yang telah meminggirkan nilai dan syariat Islam dalam kehidupan mereka, tetapi itu bukanlah alasan untuk menafikan keislaman mereka justeru selagi mereka masih mengakui beragama Islam, maka keislaman mereka tidak boleh ditolak. Pengakuan lahiriah mereka ini hendaklah diterima dan diiktiraf, manakala apa yang lebih tersirat dan hakikat (yang tersembunyi di dalam hati) adalah hak Allah untuk menentukannya.

9.7 Rasulullah s.a.w. pernah memarahi Sayidina Khalid al-Walid r.a. yang telah membunuh sekelompok orang yang lidahnya masih mengucap dua kalimah syahadah. Islam hanya menghukum yang zahir manakala yang batin, diserahkan kepada Tuhan yang Maha Mengetahui.

9.8 Jika demikian, hukum yang sama boleh juga dipakai buat kelompok Melayu yang sudah meninggalkan adat istiadat bangsanya dalam kehidupan seharian mereka. Mereka tidak sepatutnya dituduh hilang sifat kemelayuannya hanya dengan memakai ketayap (ala Arab) ataupun topi (ala Barat). Yang penting selagi mereka masih mengakui bahawa mereka berbangsa Melayu maka mereka masih dikira orang Melayu.

9.9 Malah dalam konteks ini makna Melayu sendiri memungkinkan suku bangsa lain boleh menjadi Melayu. Kacukan India Melayu, Arab Melayu, jawa, Bugis, Banjar dan sebagainya telah lama diterima sebagai “orang Melayu” kerana memeluk Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat dan budaya Melayu.


10. KONFLIK ISLAM MELAYU?

10.1 Jika kita boleh menerima definisi dan sikap yang lebih toleran seperti di atas, maka secara praktiknya seharusnya tidak ada konflik antara bangsa dan agama di kalangan orang-orang Melayu di Malaysia. Jika ada pihak yang memperjuangkan Melayu, maka mereka boleh dikatakan memperjuangkan Islam dan begitu jugalah jika ada pihak yang memperjuangkan Islam, maka mereka juga boleh dikatakan memperjuangkan Melayu.

10.2 Kita sewajarnya sedar bahawa antara isi perjuangan Islam adalah untuk membela kaum yang lemah dan memberi keadilan kepada semua tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan warna kulit. Kebetulan di Malaysia bangsa yang lemah ialah bangsa Melayu. Dan keadilan yang hendak ditegakkan pula meliputi semua bangsa (Cina, India, Sikh) dan semua agama (Kristian, Buddha, Hindu).

10.3 Kita juga sedar bahawa memperjuangkan Melayu bererti membela nasib mereka di sudut ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain dengan tidak menafikan hak kaum lain untuk sama-sama menikmati “kek” ekonomi, status sosial dan tahap pendidikan yang baik. Jika demikian, di mana konfliknya antara perjuangan agama dan bangsa? Bukankah kedua-duanya mengarah kepada matlamat yang sama (walaupun mungkin tidak serupa)?

10.4 Oleh yang demikian, tidak kira yang mana dahulu, sama ada memperjuangkan Islam dahulu atau Melayu dahulu, hakikatnya sasaran perjuangan kita adalah sama – orang Melayu Islam. Tidak kira perjuangan kelompok mana yang akan berjaya, maka orang Melayu Islam juga yang akan mendapat manfaatnya. Tetapi malangnya sehingga kini mengapa hasil perjuangan kedua-dua kelompok agama mahupun “kelompok bangsa” kita dapati orang Melayu Islam di Malaysia masih ketinggalan?

10.5 Kenyataan ini nampaknya telah diakui oleh kedua-dua belah pihak. Sehingga kini, pemimpin kedua-dua kelompok tidak habis-habis mengeluh yang bangsanya atau umatnya masih haprak di sudut rohani dan material. “Melayu masih tidak berubah sikap,” keluh seorang pemimpin bangsa.
10.6 “Umat Islam masih jumud,” kata seorang pemimpin agama. Hasilnya kedua-dua pihak terus bertelagah dan saling salah-menyalah antara satu sama lain yang kononnya keberhasilan perjuangan mereka telah diganggu oleh kelompok yang satu lagi.


11. METAFORA KERETA ROSAK

11.1 Sebagai metafora, jika diumpamakan keadaan orang Melayu seperti sebuah kereta rosak, maka tentulah kereta itu akan bergerak juga jika ia ditolak oleh kedua-dua puak kerana walau apa jua yang dinamakan ke atas kereta itu (sama ada “Melayu-Islam” atau “Islam-Melayu”) bukankah itu ialah kereta yang sama? Lainlah halnya jika kereta itu ditolak ke arah yang berlawanan. Tetapi ini tidak mungkin berlaku kerana seperti yang ditegaskan sebelumnya, perjuangan memartabatkan bangsa tidak bertentangan sama sekali dengan perjuangan memartabatkan agama.

11.2 Bukankah ketinggian ekonomi, kecanggihan teknologi sekali gus kemurnian rohani yang digembar-gemburkan oleh pejuang bangsa adalah juga yang diuar-uarkan oleh pejuang agama? Inilah “Hasanah Dunya” dan “Hasanah Akhirah” yang dinyatakan dalam doa yang termaktub dalam ajaran agama. Dan inilah juga isi wawasan keramat berserta cabaran-cabarannya seperti telah menjadi agenda bangsa dan negara?

11.3 Jelas, “kereta” sedang ditolak ke arah yang sama. Soalnya kenapa pergerakannya terlalu lembap? Malah kadangkala semacam tidak bergerak langsung? Ya, mungkin wujud perbezaan cara dan gaya perjuangan kedua kelompok, tetapi tidak mungkin wujud perbezaan dari segi hala dan tujuannya.

11.4 Rentetan itu tidak dapat dielakkan lagi jika ada pihak yang mula mempersoalkan, apakah benar kedua-dua pihak sedang memperjuangkan apa yang mereka dakwa agama ataupun bangsa itu? Atau ada “Hidden Agenda” lain yang sedang diperjuangkan menggunakan label agama atau label bangsa.

11.5 Maksudnya, “kereta” dalam metafora di atas tidak ditolak langsung, tetapi ada “kereta lain” yang sedang ditolak secara sembunyi-sembunyi. Sejarah manusia tidak pernah sunyi dengan kemunculan “mujahid gadungan” atau “patriot badut” yang menggunakan baju bangsa atau jubah agama bagi memperjuangkan kepentingan diri dan puak. Asabiah bangsa dan fanatik agama ialah dua produk utama bila Islam dan Melayu diperalatkan untuk memburu matlamat diri dan kelompok.

11.6 Jadi musuh kita yang sebenar bukanlah nasionalis bangsa atau fundamentalis agama, tetapi puak “perutis” – mereka yang berjuang atas kepentingan perut! Mereka ini tidak mahu melihat Islam dan Melayu bersatu kerana perpaduan dengan sendirinya akan menggugat kepentingan mereka. Mereka akan berusaha habis-habisan untuk mengaut kepentingan diri dengan “kefanatikan” agama atau bangsa mereka dan akan terus menyerang lawan mereka seolah-olah tidak ada lagi jalan damai sampai hari kiamat.

11.7 Perbezaan kedua-duanya sudah dianggap terlalu jauh – terlalu jauh seperti jauhnya langit dengan bumi. Mereka lupa bahawa langit dan bumi akan sentiasa berhubung dengan turunnya air hujan yang menjadi sungai, awan, laut dan pelangi. Sedangkan kita optimis, “batu api” yang ada di pihak pejuang agama ataupun pejuang bangsa akhirnya akan tersisih. Insya-Allah, lambat cepat, biduk lalu… kiambang akan bertaut!


12. HUBUNGAN “SIMBIOTIK” MELAYU ISLAM.

12.1 Sebenarnya hubungan Islam dengan Melayu adalah hubungan simbiotik yang menguntungkan kedua-duanya. Islam adalah hidayah manakala bangsa adalah fitrah yang kedua-duanya datang daripada Allah. Tuhan menjadikan bangsa untuk proses “litarrafu” (berkenalan) dan Islam untuk menyelamat dan menyatukan. Malah takrif Melayu yang begitu “terbuka”, sifatnya menyebabkan bangsa Melayu bersifat alami dan sangat sinonim dengan Islam yang juga bersifat demikian.

12.2 Sejarah Melayu sendiri telah membuktikan betapa pernah wujud keserasian yang begitu unik antara Melayu dengan Islam pada zaman keagungan empayar Melayu Melaka. Faktor Islam telah memberi satu upaya yang begitu tinggi dalam proses pembinaan tamadun rohani dan material Kesultanan Melayu Melaka yang begitu dikagumi oleh Eropah, India dan China pada masa itu.

12.3 Islam telah memberi nafas baru bukan sahaja kepada kedudukan ekonomi dan politik bangsa Melayu, malah bahasa Melayu telah diresapi istilah-istilah Islam yang telah membuat satu anjakan paradigma dan “re-engineering” sebagai bahasa pengantar dalam bidang falsafah, teknologi, kesusasteraan dan lain-lain.

12.4 Ketika itu kedudukan Islam mula diperkukuhkan dan disebarkan ke seluruh Alam Melayu apabila sultan dan rakyat memeluk Islam dan pada masa yang sama bangsa Melayu mula mendapat kekuatan mereka hasil pegangan mereka terhadap ajaran Islam. Bangsa Melayu hampir-hampir mendapat gilirannya sebagai bangsa pembina empayar dengan Islam selepas bangsa Arab, Turki dan Monggol, jika tidak ditakluki oleh Portugis, Belanda dan Inggeris akibat kemerosotan pegangan mereka terhadap Islam.


13. RUMUSAN.

13.1 Sebenarnya tidak wujud konflik langsung antara keinginan untuk menjadi Muslim yang sejati dengan Melayu yang tulen. Islam adalah “content” dan Melayu boleh disifatkan sebagai “container”. Islam harus menjadi teras dan sendi yang menjadi tunjang dan pengimbang dalam usaha membangunkan bangsa. Islam atas sifatnya yang sejagat mengambil kira faktor setempat aspek budaya, adat kebiasaan dan lain-lain elemen kelaziman untuk menegakkan syariat dan nilainya dalam diri sesuatu bangsa.

13.2 Para ulama, umara, budayawan dan teknokrat Islam sejak awal-awal lagi telah memanfaatkan hubungan yang simbiosis ini dalam membangunkan budaya, berpakaian, makan minum seni bina, keintelektualan, hasil kesusasteraan dan lain-lain. Hingga dengan itu titik perbezaan antara agama dan bangsa dapat dikurangkan ke tahap paling minimum.

13.3 Ketegasan di aspek akidah misalnya tidak menyekat langsung kefleksibelan Islam di dalam aspek-aspek yang boleh ditolak ansurkan. Dalam berpakaian, wanita Islam Melayu telah menegakkan hukum menutup auratnya dengan tudung dan baju kurungnya. Begitu juga seorang lelaki Muslim begitu segak dengan identiti Melayunya – bersongkok dan berbaju Melayu sekali gus menampilkan imej kesopanannya menurut ajaran Islam. Sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh dipaparkan bagi membuktikan bahawa Islam dan Melayu boleh ditegakkan secara bersepadu.

13.4 Cubalah kita kaji dan selidik sedalam-dalamnya (tentunya dengan sifat lapang dada) nescaya kita akan dapati banyak titik temu antara Islam dan Melayu dalam khazanah sejarah lampau, mahupun dalam zaman-zaman yang mendatang. Langkah inilah yang pernah dilakukan dengan penuh ketulusan dan kesabaran oleh Rasulullah s.a.w. dalam mengubah bangsa Arab.

13.5 Selain akidah dan beberapa amalan jahiliah yang jelas menyimpang, Rasulullah s.a.w. terus mengekalkan banyak tradisi dan amalan umat Arab yang baik-baik. Ini juga telah diteladani oleh ulama, umara dan ummah silam pada era Empayar Melayu Melaka, jadi kenapa kita tidak mengikut jalan yang sama? Kenapa begitu sukar kita temui titik temu antara perjuangan Islam dan Melayu? Apakah masalah sebenarnya, pada Islam, pada Melayu atau pada diri kita sendiri?


14. PENUTUP.


14.1 Akhir kata, usaha pengupayaan ummah mesti dilaksanakan melalui dua langkah secapa bersepadu. Pertama, berusaha secara optimum untuk me¬miliki kekuatan ilmu, ekonomi, sains, teknologi dan ke¬tenteraan pada skala tinggi. Inilah yang saya maksudkan dengan FIKIR. Kedua, membentuk masya¬rakat ber¬akhlak mulia berasaskan nilai-nilai teras agama. Ini yang saya maksudkan dengan ZIKIR.

14.2 Sekiranya kedua-dua kekuatan ini berjaya dimiliki, Melayu-Islam bukan sahaja akan mampu mempertahankan diri dalam era neo-klonialisma, bahkan berpotensi memimpin negara-negara Islam menjadi negara yang aman makmur dan mendapat keredaan Allah.

14.3 Untuk memiliki dua kekuatan itu (fikir dan zikir), bangsa Melayu-Islam mesti menjadi Mukmin Profesional (istilah yang mungkin masih baru) – yakni mereka yang profesional justeru mempunyai kemahiran dan keterampilan yang tinggi dalam membangun¬kan kehidupan dengan cekap dan berkesan. Dan mereka Mukmin kerana memiliki sifat-sifat baik seperti integriti, jujur, amanah dan lain-lain sifat mahmudah. Insya-Allah. Amin.

Dikirim dalam Politik / Siasah | Label: Daie, Islam, melayu, Mufti, Perak


Sumber: http://genta-rasa.com/2009/07/18/catatan-perjalanan-dilema-melayu-islam/
(CiK WiD mohon share..TQ)

DILEMA MELAYU-ISLAM 1

“Beribadahlah sebanyak-banyaknya sehingga kamu letih untuk melakukan maksiat!Ungkapan hukama itu menerjah hati saya sepanjang perjalanan KL-IPOH. Sebuk memang sebuk, tapi apakah kesebukan ini jadi ibadah? Ya, saya berharap sangat mudah-mudahan keletihan ini kerana ibadah, doa saya dalam dengus nafas yang perlahan.

Ya, hari-hari yang berlalu terlalu laju. Pulang dari Sri Pengantin Resort di Janda Baik, saya terus berkejar ke Ipoh. Dan akan terus ke Lembah Azween di Hulu Langat, mengendalikan program penghayatan nilai rakyat melalui solat.

Blog ini hanya dapat dijengah sepintas lalu. Saya ucapkan terima kasih yang sudi singgah dan kepada mereka yang meninggalkan “bekas” saya mohon maaf jika tidak dapat memberi respons dengan segera. Walaupun tidak sempat menulis untuk membalas, saya kepilkan sekilas doa untuk semua.

Itu insya-Allah, lebih cepat kelajuannya… Teringat bagaimana satu ketika Sayidina Ali ditanya, berapa jauh antara langit dan bumi? Beliau menjawab,”hanya sekilas doa yang mustajab!”
Oleh sebab keletihan, saya terpaksa menaiki bas sahaja ke Ipoh awal minggu ini.

Bertolak dari stesen bas jalan Duta jam 9 pagi. Dijangka sampai awal tengah hari dan akan mula membentangkan kertas kerja jam 8.30 malam. Saya tidak mampu memandu sendiri, kerana terlalu keletihan. Tempoh di dalam bas saya gunakan sepenuhnya untuk berehat. Sampai sahaja di Ipoh, terus menaiki teksi menuju Hotel Casuarina tempat dijadualkan berlangsungnya majlis muzakarah yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Perak sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak.

Walaupun kedua ibu-bapa saya di Ipoh, saya tidak terus ke sana. Saya khuatir dengan keletihan dan fokus saya pada apa yang hendak disampaikan nanti, saya “terkurang” melayani mereka. Lagipun, baru dua minggu yang lalu saya menziarahi mereka. Insya-Allah, lepas solat Subuh esok saya akan menziarahi mereka. Dalam diam, saya terus berdoa, semoga tindakan saya itu dimaafkan oleh mereka nanti dan diampunkan Allah. Reda Allah itu letaknya pada reda ibu-bapa.

Sepanjang petang saya menghabiskan masa meneliti kembali kertas kerja DILEMA MELAYU-ISLAM: KURANG FIKIR ATAU KURANG ZIKIR. Bukan mudah untuk menyesuaikan – “tune” semula fikiran, kembali kepada aliran dan gelombang subjek yang baru setelah “bergelumang” dengan soal “Solat sebagai mekanisme pembentukan peribadi” yang menjadi teras modul bersama 40 kakitangan Takaful Ikhlas yang dilaksanakan dalam sejak tiga hari sebelum itu.

Malam itu, saya diamanahkan untuk membentangkan kertas kerja pra-muzakarah yang akan dimulakan secara rasminya esok. Alhamdulillah, dengan kerjasama ustaz-ustaz di Jabatan Mufti yang banyak membantu saya dapat menyelesaikan soal teknikal, pembentangan itu berjalan lancar dengan dihadiri oleh mufti-mufti dan wakil mufti seluruh Malaysia, pemimpin-pemimpin politik dan “activist-acitivist” agama dan badan-badan NGO. Tidak kurang juga pegawai kerajaan dan swasta yang turut hadir pada malam itu.

Walaupun agak “panas” alhamdulilah muzakarah malam itu berjalan baik. Saya berdiri atas posisi “daie” yang “tidak ke mana-mana tetapi ada di mana-mana” – maksudnya tidak berpihak, bukan tidak berpendirian. Saya tegaskan dahulu skop perbincangan yang hanya berlegar dalam konteks di Malaysia. Dan saya teguhkan juga pendekatan saya dalam muzakarah adalah dakwah dan tarbiah bukan siasah – ada perbezaan tetapi tidak semestinya bertentangan.

Terbukti, penjelasan awal itu memudahkan saya memberi respons kepada soalan yang datang bertalu-talu sebaik sahaja sesi soal jawab dibuka. Jarang saya lihat suasana yang tidak emosional ketika berbincang soal-soal panas seperti malam itu. Alhamdulillah, sahabat daripada parti PAS dan UMNO, kerajaan dan bukan kerajaan sama-sama “cool” menghadapi perbezaan dan kelainan pendirian. Siapa sangka dalam suasana negeri Perak yang masih “membara” itu, satu muzakarah dapat dilaksanakan tanpa nyala marah dan letusan emosi.

Saya tegaskan perbezaan tidak semestinya satu pertentangan. Malah perbezaan itu satu keindahan jika mampu diuruskan dengan baik. Inilah cabaran orang Melayu-Islam masa kini – kita masih kurang matang untuk menguruskan perbezaan dan memanfaatkan persamaan. Jika kita tidak dapat membentuk satu hubungan berdasarkan “perkongsian bijak” apakah hubungan berasaskan “persaingan sihat” pun tidak dapat diusahakan? Bukankah kita sama-sama masih Melayu dan masih mengaku beragama Islam?

Pendekatan dakwah berbeza dengan pendekatan menghukum – “approach” seorang daie dan mufti agak berbeza. Katalah, seorang kaki botol meminum arak sebanyak 10 botol sehari. Apabila diseru berkali-kali, dia bersetuju untuk mengurangkan kadar bilangan botol yang diminum kepada 9 botol sehari. Jika ditanya kepada tukang hukum, para mufti… apa bezanya hukum minum 10 botol arak dengan 9 botol? Tentu jawabnya, tidak ada beza.

Arak tetap haram diminum walaupun setitis!
Itu jawapan tukang hukum. Ya, benar, betul. Tetapi pendakwah melihat dari sudut yang berbeza. Jika diseru berkali-kali, kaki botol itu telah bersetuju mengurangkan bilangan botol arak yang diminumnya menjadi 9, maka jika dilipat-gandakan usaha menyedarkannya ada harapan yang 9 botol itu berkurang menjadi, 8, 7 dan seterus berhenti secara total. Ini pandangan pendakwah.

Pengurangan yang sedikit (pada tahap kemungkaran) itu sebenarnya pun sudah satu “kemenangan” bagi pendakwah.

Begitu juga dalam menghadapi kematian saudara-saudara baru yang mayatnya menjadi rebutan. Semua itu berlaku apabila status keislaman saudara-saudara itu (semasa hidupnya) jadi pertikaian. Akibatnya, mayat itu jadi rebutan. Orang Islam hendak mengebumikan mayat di perkuburan Islam, manakala “sanak saudara” simati yang bukan Islam hendak mengebumikan di tanah perkuburan agama mereka.

Jika pakar undang-undang sebuk bagaimana hendak melindungi hak pengurusan jenazah Allahyarham melalui undang-undang, pendakwah mungkin melihat insiden itu dari sudut pandang yang lain. Kenapa umat Islam hanya sebuk apabila saudara baru telah meninggal dunia? Padahal semasa dia hidup kita tidak sibuk berdakwah, mendidik bahkan membelanya agar dia berani mendedahkan, mengamalkan dan komited dengan Islam secara terang-terangan?

Kenapa kita tidak berebut-rebut ketika simati masih hidup – berdakwah dan mendidiknya – agar dia hidup secara Islam? Ironi sekali, hanya setelah dia mati baru kita berebut-berebut hendak “mengislamkan” cara pengebumiannya? Saya tidak menolak kepentingan pendekatan undang-undang untuk melindungi hak jenazah tersebut atas kita. Tetapi hak-hak mualaf semasa dia hidup seperti mendapat pembelaan dari segi fizikal, material, perasaan, akal dan jiwa) tentunya perlu utama didahulukan.

Dalam sesi soal jawab juga saya cuba menekankan (dengan nada satu pesanan), bahawa kita seharusnya membatasi amalan “politicing” – jangan setiap masa, ketika dan perkara. Biarlah bermusim. Pertikaian dalam urusan pemerintahan dan pemilihan pemimpin jangan sampai merencatkan perkembangan ilmu, ekonomi, dakwah dan lain-lain. Jangan semua terlibat di sana. Jangan ditinggalkan posisi yang penting hanya untuk terlibat dalam soal politik.

Mari kita imbau pertikaian politik antara Sayidina Ali dan Sayidina Muawiyah – pertikaian yang terlalu seru hingga melibatkan pertumpahan darah atas ijtihad masing-masing dalam soal siasah. Sejarah (dicatat oleh Imam Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin) betapa ada sahabat-sahabat utama Rasulullah yang mengambil sikap berkecuali. Dan yang paling penting, perkembangan Islam di sudut ilmu, dakwah Islamiah, ekonomi, budaya dan peluasan daerah Islam tidak terencat langsung.

Ya, mungkin ada yang berhujah pertikaian Melayu-Islam sekarang apakah boleh disamakan dengan pertikaian Sayidina Ali Vs Muawiyah? Saya saya akui, pertikaian itu berbeza dasar dan prinsipnya. Tetapi apa pun, Melayu di sebelah mana pun masih mengakui Islam. Soal hati, pulangkan pada Allah.

Menolak hukum Allah, memang boleh menjatuhkan seseorang Islam sama ada fasik, zalim atau kafir. Tetapi “soal kafir” itu terlalu berisiko untuk kita menetapkannya.

Mendakwa seseorang atau sesuatu pihak fasik atau zalim tidak sama dengan menuduhnya sebagai kafir. Pernah Sayidina Khalid Al Walid sendiri dimarahi oleh Rasulullah SAW kerana memerangi orang yang masih mengaku Islam. Jadi, pada pandangan saya yang terbatas, selagi pihak kita dan lawan masih Islam – tentu ada titik persamaan di mana-mana. Marilah kita cari, dan manfaatkan persamaan itu. Yang masih berbeza, mari kita terima realitinya – teruslah “berperang” dan tentunya wajib dilaksanakan secara beradab dan ikhlas jua!

Sayang, bila kita bergaduh hampir dalam setiap masa, setiap perkara dan suasana. Saya cuba melalui jalan tengah untuk bercakap kepada sahabat-sahabat yang pelbagai aliran malam pada malam itu. Saya cuba, berjaya atau tidak… saya pulangkan kepada Allah dan orang Islam yang lain menilainya.

Selepas Subuh esoknya, saya menziarahi ayah dan ibu… picit-picit kakinya dan berangkat semula ke KL dengan bas yang paling awal. Sempat saya semak email dan blog. Saya masih ternanti-nanti satu email undangan ceramah yang telah dibuat secara mulut sebelum itu. Serba-salah, untuk membuat keputusan justeru ada dua tiga program yang bertembung. Tetapi saya lebih utamakan penulisan dalam majalah SOLUSI bilangan ke 10 – isunya sudah ada, tetapi masih terkial-kial untuk menulis. Tajuknya, SUDAH BERKESANKAH SOLAT DAN PUASA KITA?

Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya. Maaf, saudara-saudaraku, ku titipkan catatan ini justeru ingin mengharapkan doa darimu. Semoga semua kita diberi keikhlasan dalam apa jua yang kita buat. Mari kita sibukkan diri kita sesibuk-sibuknya. Mengapa? Kembali ke ayat pertama tulisan saya ini…

Sumber: http://genta-rasa.com/2009/07/18/catatan-perjalanan-dilema-melayu-islam/
(CiK WiD mohon share ya? TQ)

Sunday, 10 July 2011

Ya Habiballah, Kekasih Umat


Ya Habiballah..
Dunia gelap kehidupan malap
Budi bejat perangai ranap
Apa saja disantap dengan lahap
Sesama insan saling berentap
Yang dituju kedudukan mantap
Nafsu meluap-luap, hidup sekejap, pulang meratap

Ya Habiballah..
Umat menunggumu berzaman-zaman
Tidak berdaya memikul penyiksaan
Diselimuti kemungkaran menjadi basahan harian
Jiwa ditelan kerakusan, akal ditawan keduniaan

Ya Habiballah..
Kelahiranmu di bumi Makkah
Tempat suci penuh barakah
Langkah dakwah dengan Bismillah
Ukiran risalah bersalut rahmah

Ya Habiballah..
Samudera perjuanganmu senantiasa bergelora
Arus gelombang beriringan keadaan huru-hara
Pengorbananmu merentasi muara
Nyawa, keluarga dan harta tidak diambil kira
Cubaan dinikmati beraneka warna terus membara
Walaupun tiada siapa penglipur lara
Jiwa hanya pasrah kepada Sang Pemelihara

Ya Habiballah..
Meskipun rintangan bergunung-ganang
Dikau hadapi dengan rasa tenang
Cekal hatimu tetap menyumbang
Tidak gundah tentangan merintang
Semangat kental bagaikan tiang seri palang
Satu wijhah kerasulan melahirkan Umat Cemerlang

Ya Habiballah..
Di tanganmu mukjizat Al-Qur’an
Kalam ALLAH tidak terkalahkan sampai akhir zaman
Cendekiawan, ilmuwan dan sasterawan tidak berupaya melawan
Asuhan wahyu ditambat kukuh, mencengkam fikiran
Melahirkan generasi Al-Qur’an, Pengemudi perubahan

Ya Habiballah..
Sila sunnahmu berperi indah
Seantero buana tunduk ke bawah
Tingkah dan pekertimu membumi ke tanah
Merendah bukan bererti kalah
Menjinak kalbu yang serakah
Keadilan terus digagah
Mengangka martabat manusia bermaruah

Ya Habiballah..
Penerus kepimpinanmu sungguh hebat
Hebat khalifah di kalangan para sahabat
Berhati rakyat berjiwa umat
Menegak syariat kuat berdaulat
Makmur kehidupan maju umat
Mengagih nikmat merata tempat

Ya Habiballah..
Kami ungkapkan kerelaan bernabikan Habiballah
Kami mencurah tenaga mencari pelbagai langkah
Kami bertekad setingkat himmah
Untuk memastikan risalahmu terserlah
Mengakrabkan ummah dengan ALLAH
Impian kami bersama orang-orang solehah

Ya Habiballah..
Cita-cita kami tinggi melangit
Kadang-kadang diri tidak tahan perit
Dosa-dosa dipalit bukan sedikit
Janganlah Dikau merasa bingit
Apa pun dililit harapan tetap sengit
Syafaatmy memanjang lebar diselit

Ya Habiballah..
Dikau kekasih ALLAH, Dikau kekasih umat
Kami mengukir selawat untuk Dikau juru penyelamat
Semoga kami dipilih penerima syafaatmu di Akhirat

Sumber: dipetik daripada Ustaz Abdul Manaf bin Rahmat.
(Cik WiD mohon SHARE ya? Thx)

http://www.rediesh.com/mutiara-kata/ya-habiballah-kekasih-umat#more-560