Monday 22 August 2011

D.I.A.

dia..penat kerana sukai mu,
dia..letih kerana amat mencinta mu
dia..lelah kerana merindu mu,
begitu payah hidupnya..

dia..pencinta setia,
dia..pemilik hati utuh,
dia..penakhluk jiwa
dia..rela lara untuk semua yang dicinta

dia.. sanggup melepas segala
demi kebaikan orang lain
dia..rela memikul beban
kerana enggan mereka sengsara

dia..wanita tabah
dia..si kecil molek
yang sanggup menahan keperitan hati
kesakitan yang maha dalam
tangis yang tak pernah sepi

hatinya sakit
hatinya mati
jiwanya merintih
namun bibir tetap membisu

dia...begitu asyik hidup  dalam derita
hingga lupa tersenyum & ukir tawa
dia..hatinya penuh gunda & sengsara
namun tetap tabah meneruskan hidup

kerana nyawa itu HAK Allah swt
kerana nafas itu KURNIA Allah swt
yang tak mungkin mampu dihentikan sebelum waktu

teruslah tabah...


Monday 8 August 2011

sudah TAKDIR ku..

Ya Allah..
ku ingin kembali ke bumi ku...
kerana di sini ku rasakan hambar..
hati tak keruan..
jiwa lara...

Sudah takdir,
mungkin di sini bukan tempat ku...
mungkin memulakan sesuatu itu payah..
amat payah & sukar..

Sudah takdir,
segalanya tidak semudah yang ku duga..
aku harus redha & terima.


Sudah takdir,
kekadang apa yang direncana
tidak berjalan dengan lancar..
& kesusahan serta kepayahan itu menggigit rasa..

bukan ku lemah..
namun ku telah berusaha...
ku kira segalanya mampu berjalan lancar..
rupanya..

inilah dugaan ku..
ku teima dengan penuh tabah..
selagi iman masih bersisa..

maafkan aku ya Allah..
andai aku tlah melukakan hati beberapa insan,
sesungguhnya aku tidak berniat,
jauh sekali untuk membuat insan kesayangan ku risau & susah hati..

sudah takdir ku..
aku redha..
& aku cuba berusaha mencari yang lebih baik..
bantu aku ya Allah..
kasihani aku ya Allah..

amin ya Rabb..

Monday 1 August 2011

new me..

assalamualaikum wbt..

CiK WiD kembali lagi...
setelah agak lama menyepi..

kini berada di laluan yang baru..
semoga Allah swt sentiasa memeberkati..

semoga hidup akan lebih baik dari sebelum ini..
lebih bertanggungjawab..
lebih menghargai...
insyaallah...

salam ramadhan buat u allz..
semoga kita diberi kudrat untuk beramal..
banyakkan mengaji..
solat terawih..

taking care u allz..

salam rindu d angin lalu..
assalamualaikum wbt..