Showing posts with label ceritera KASIH ku... Show all posts
Showing posts with label ceritera KASIH ku... Show all posts

Sunday, 9 December 2012

kusung...




Ku rasakan hidup ku kosong..
Tiada rasa..

Ku rindu masa lalu..
Ku rindu rasa & perasaan itu…
Merindui seseorang..
Menunggu seseorang..
Rasa dimiliki.. diingini…

Tapi, kiranya untuk mendapatkan itu ku perlu terluka lagi…
Terima kasih saja..

Cukup la luka yang lalu..
Aku letih tuk merasakan itu lagi..

Kadang aku malas nak pikir..
Namun… kadang aku mampu fikir panjang akan hal-hal begini..
Mungkin kerana tiada perkara untuk ku fikirkan..

Hmmm..
Semoga suatu masa nanti..
Aku sibuk dengan banyak hal…
Agar aku tak fikir hal-hal ni lagi..
In sya Allah 


~Cik Wid~

kEsaL kerr?



Bebaru ini.. dia menghubungi ku…
Menyuarakan rasa kesal terhadap luka yang pernah dihadiahkan buat ku dulu..
Mulanya aku sekadar bacanya bersahaja…

Namun semalam…
Bila ku baca sekali lagi…
Ku amati tiap bait katanya..
Hati ku tersentuh..

Mungkin dia benar-benar maksudkan apa yang dia email pada ku..
Namun, aku hanya mampu berdiam..

Bagi ku cukup…
Cerita kami telah lama berakhir…
Kini..sebaris ayat ku.. suara ku… amat mahal buatnya..

Hati ku… rasa ku..
Biar ku simpan sendiri..
Kerana aku cukup memahaminya…
Kemahuannya untuk menyambung kembali hal yang amat mustahil..

Tapi, setalah masa berlalu…
Aku terfikir jua…
Mungkin situasi nya kini sudah berubah…

Mungkin dulu dia masih mahu aku..
Namun aku yang menolak..

Mungkin kini, dia masih mahukan ku..
Namun dia telah punyai tanggungjawab..
& terikat..

Atau mungkin dia hanya berasa kesal yang tak sudah..
Juga kasihan pada ku…
Menyesal melukai hati ku…

Walau apa jua situasinya..
Aku pasrah..
Aku redha pada ketentuan Allah swt..
Kerana semuanya telah tertulis..

Bukan jua aku mahu menidakkan takdir,
Namun jika boleh aku tak mahu dia.. hadir lagi..
Cukup.. sudah cukup peluang buatnya…
Cukup… sudah tak tertanggung sakit ku akibat perbuatannya..

Kini aku mahu hidup.. tenang.. damai…
Tanpa onar dari nya lagi..
Hidup untuk diri ku..
Untuk keluarga ku 
Hidup demi Tuhan ku.. Allah swt..

Semoga segalanya baik-baik saja..
Buat ku & keluarga ku… sahabat-sahabat ku
Jua buat dirinya..

Semoga dia mampu memahami..
Mampu mengerti akan erti hidup ini..
Mampu belajar daripada kesilapan lalu..


~Cik Wid~

Wednesday, 12 October 2011

bila wanita dapat BUNGA..

bunga...
tak dapat dipisahkan dengan GADIS/wanita/pompuan
kan? kan?

golongan ini amat suka bunga
(tak temasuk yang tak suka bunga & allergic ngan bunga..)
tak kisah la bunga apa pun..
asal jangan bunga taik ayam.. (wakakakaa)

first time aku dapat bunga....
hmmm.. lima tahun yang lalu kot.. hehehe..
(dah lama rupanya..kan? wakakakaaa)
dijadikan citer..
dapat bunga tu pun..
sebab aku request.. (wakakakaaaa)
terpaksa lah.. kalau tak request agaknya sampai ke tua tak dapat bunga..


time tu kebetulan ade kat kawasan tanah tinggi..
banyak jual bunga & syuran..
so..dapatlah bunga ros merah.. hik3
senyum tak bentiiiiiii....
suke..suke..suke...
wahhhhhhh... indahnya perasaan itu... (wakakakaaa)


then, second time..
ketika si dia datang ke daerah ku..
dari jauh datang berjumpa ku..
oleh sebab aku kata aku suka ros putih..
dia bagi bunga ROS merah + putih..
hehehehe...
seronok gilerrrr...
melompat dapat bunga!!!!!!!
sekali lagi, ku rasakan indahnya rasa itu..
dapat bunga dari yang tersayang.. hik3


kemudian,
tahun lepas..
dapat rose pink daripada adik tersayang...
oleh kerana ia satu kezutann..
dah aku pun telah lama tak merasai perasaan itu...
justeru aku melompattt dengan tidak semena mena...
(wakakakakaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa)
syokkkkkkkkk nya dibagi bunga...
even bukan dari buipren... hik3

wanita + bunga...
tak dapat dipisahkan kan?
ibarat..
sudu & FORK.. (hik3)

p/s ; kepada lelaki di luar sana.. berilah bunga untuk wanita kesayangan anda.. kekasih, isteri, adik atau kakak atau ibu anda.. mereka pasti gembira yang amat... tak hingatttttttttt... wakakkaaaa


stay ANGGUN all da time! ~ CiK WiD ~

Monday, 10 October 2011

rindu LAGIK...


cuti hujung minggu..
dihabiskan begitu saja..

namun,
terlintas jua di hati & fikiran..
rasa rindu pada mereka..
Kak Long & Abang Long..

apa khabar agaknya?
sihat kah?
Kak Long yang berbadan dua..
semoga senantiasa ceria & sihat 
menantikan kelahiran zuriat yang telah lama ditunggu..

rindu ja pada c Alang...
agaknya dia semakin sihat & gumuk.. wakaka..
maklumlah.. senang hati..

cuti hujung minggu
ku habiskan dengan bergayut ngan c Adik..
rindu kat dia..
jauh di mata.. tapi dekat di hati..
harap selepas ni..
dapat la duk sekali ngan dia..

Juga dapat berkumpul semua adik beradik..
+ my dad.. + macik baru... (hehe..)

p/s : I Love My Abg Long, Kak Long, Alang, Adik, Ayah & Macik!!


stay ANGGUN all da time! ~ Kak Ngah aka CiK WiD ~


Thursday, 22 September 2011

mood..BERCINTA..










salam manis + gula melake.. hik..hik..hik..

hmm...
aku diserang mood CINTA..
haruslah??? wajarkah? kih..kih..kih...

dek kerana terlebih menonton
drama korea...
bergelak ketawa..
menangis..
fall in LOVE...

mood terkini... in LOVE..
hati berbunga2...
in love la kunun...
padahallllllll.....???? (psstt... wakakakakkaaaa)

hmmm...
semoga mood baik ini akan terus mekar
semoga hati ini akan terus damai...

cinta yang kurasakan..
perasaan ini..
biarlah cinta pada famly.. & sahabat saja...

mungkin selepas ini,
akan muncul my ADAM.. (kalau ada lah..huhu..)

psstt..cinta itu mengasyikkan... membuai rasa..& perasaan...

p/s : mari bercinta! (wakakakaaaa)

 ~ CiK WiD ~

Monday, 12 September 2011

sepi..

sepi...
kian menggigit rasa..
menghiris perasaan..

sepi..
di dunia yang luas
ku rasakan sendiri..
tiada tawa, tiada erti..

sepi...
walau masih bernafas
ku rasa tersekat sekat

sepi...
walau mereka ada
kenapa ku masih rasa sunyi??
apakah mereka ikhlas??
benarkah mereka mahu kenali ku??
atau sekadar permainkan naluri kewanitaan ku??

sepi..
sepi si hawa tanpa adam nya..
sepi si rembulan tanpa pungguk..
sepi sudu tanpa fork..

sepi..
akankah perkataan ini terungkai
setelah hadirnnya seseorang??
akan terusirkah sepi.. tatkala muncul dia yang telah lama dinanti?
wallahualam....

salam kerinduan buat mu.. adam ku... yang bakal muncul..menyeri hidup ku..
insyaallah.. amin Ya Rabb.

Friday, 9 September 2011

kau & DIA..

kau,
buat ku terkenang peristiwa pahit..
bila teringat diri mu..
tiada perkara manis yang mampu ku ingat..
hanya bait-bait kedukaan & derita semalam yang kunjung datang..

DIA,
memikirkannya membuat ku rindu,
mengenangkannya membuat ku mahu menanti walau seribu tahun lagi,
mahu berharap bahawa dia akan kembali suatu hari nanti,
namun ku tak cukup kuat untuk mendoakan kami bersatu kerana sejarah silam mengajar ku,
jangan terlalu meminta-minta,
kerana Yang Maha Kuasa telah menentukan takdir,
qada & qadar kita..

kau,
suatu masa dulu ku pernah berdoa agar kau kembali,
namun saat kau datang pada ku, membawa hajat setinggi Everest,
tika itu hati ku telah kematu & tak dapat menerima mu lagi... 

kau,
suatu masa dulu membuat ku bahagia,
mengajar ku erti kasih sayang si adam & hawa,
namun siapa mampu menentang ujian Allah & duka yang datang...
kita gagal pertahankan hubungan itu..
yang amat ku kesalkan hanya 1,
keluarga ku.. kekecewaan & air mata mereka yang luruh..
saat mengetahui hubungan kita tak seperti yang diharapkan..

DIA,
mungkin baik, tulus, sayang keluarganya..
namun, perkenalan yang singkat belum mampu mengenal seseorang dengan lebih baik,
tetapi, mengenali seseorang bertahun lamanya,
jua bukan jaminan untuk kita yakin & percaya penuh kepadanya..
tinggalkan sedikit ruang buat diri sendiri,
agar bila kalah, kita tidak terlalu derita & merasakan perit,

DIA,
akan ku kenang hingga ke akhirnya,
akan ku doakan dia bertemu wanita sebaik dirinya,
akan ku doakan dia berbahagia dengan keluarga besarnya..

kau & DIA,
berbahagialah..
kerana bahagia itu milik setiap insan,
kerana disisi lelaki pasti ada wanita,

kau & DIA, berbahagialah,
sesungguhnya kemaafan itu telah lama ku berikan,
"dendam" tidak pernah ku semai dijiwa ku,

kau & DIA,
doakanlah agar aku mendapat berita baik,
dipinang calon suami yang terbaik buat ku,
yang hatinya seperti hati ku,
insyaallah...
amin ya Rabb...

Monday, 22 August 2011

D.I.A.

dia..penat kerana sukai mu,
dia..letih kerana amat mencinta mu
dia..lelah kerana merindu mu,
begitu payah hidupnya..

dia..pencinta setia,
dia..pemilik hati utuh,
dia..penakhluk jiwa
dia..rela lara untuk semua yang dicinta

dia.. sanggup melepas segala
demi kebaikan orang lain
dia..rela memikul beban
kerana enggan mereka sengsara

dia..wanita tabah
dia..si kecil molek
yang sanggup menahan keperitan hati
kesakitan yang maha dalam
tangis yang tak pernah sepi

hatinya sakit
hatinya mati
jiwanya merintih
namun bibir tetap membisu

dia...begitu asyik hidup  dalam derita
hingga lupa tersenyum & ukir tawa
dia..hatinya penuh gunda & sengsara
namun tetap tabah meneruskan hidup

kerana nyawa itu HAK Allah swt
kerana nafas itu KURNIA Allah swt
yang tak mungkin mampu dihentikan sebelum waktu

teruslah tabah...


Tuesday, 5 July 2011

Kasih Sayang

Kasih sayang ku..
ku beri setulus hati..
kepada insan yg ku sayangi

kasih sayang ku
telah dipersia
luluh hati ku
sayu jiwa ku..

apa la daya ku...
kiranya mereka telah memutuskan begitu
tiada kemampuan ku
tiada khudrat ku

kasih sayang ku
melaut buat  mereka
terbentang seluas padang pasir
terhampar seluas lautan hindi

Sunday, 5 June 2011

ku BERsyukurr...ya ALLAH..

HiDuP ini...
terkadang amat indah... sehingga tak mampu digambarkan dgn kata
namun..terkadang amat sukar...

hidup ku...
kisah ku...
ku pernah merasakan bahagia...
bersama keluarga tercinta...
berdua dgn c kekasih hati...

Namun kini..hidup ku...
semakin penuh liku...
onak & duri..dugaan & ujian dari YANG MAHA KUASA...
siapa aku untuk menafikan segala??
aku insan kerdil..yang jika d dada penuh iman..
ku harus REDHA dgn segala yg telah & akan terjadi...

YA ALLAH...YA RAB...
ku menangis syukur atas nikmat mu..
atas tiap sedutan & hembusan nafas ini..
atas setiap kali kerdipan mata ini..
setiap saat pendengaran ini...
setiap detik pergerakan tangan & kaki..& tubuh badan ini..
alhamdulillah ya Allah...

Ya Allah...
jadikanlah aku insan kuat..
ku mohon semangat & kekuatan jasad..& roh ku..
untuk ku teruskan hidup ini...
menjaga solat ku..
memelihara perlakuan ku...
melindungi keluarga ku..
manjaga saudara perempuan ku...
menyayangi sahabat2 ku..
mendoakan jiran ku.. majikan ku...
mendoakan tiap muslimin muslimat..yg masih hidup..mahupun yg telah kembali pada MU..

Ya Allah...
berilah aku sifat pemaaf...
agar ku mampu memaafkan setiap mereka yg melukai ku..
semoga ku mampu menjadi insan yg bersih...
dari amarah & dendam..

Ya Rabb...
hapuskan titik hitam di hati ku...
buang segala rasa yg memakan jiwa & akidah ku..

Ku bersyukur Ya Tuhan...
untuk segalanya...

ku berharap..esok masih ada...
bila mana ku mampu melihat mentari mu..di ufuk timur...
bila ku berpeluang menikmati segar udara di tepian pantai MU..
menyelami ombak yg beralun, mengukir corak nan indah...
merasai hangat butiran pasir di pantai...

Semoga aku mampu merasakan saat itu lagi..
insyaallah...

renungan bersama:
"Kesejahteraan & kebahagiaan bagi kalian
kerana kalian telah bersabar..
dalam mentaati Allah swt & meneriama cobaanNYA..
SYURGA adalah sebaik-baik tempat kesudahan.."
(Ar-Ra'd 24)

salam kerinduan..di tiap hembus angin yang melewati mu..

Tuesday, 31 May 2011

BILA keKASIH ku SeLINGkuh...


Apa yg akan anda lakukan bila mendapat tahu bahawa kekasih anda selingkuh @ curang?
Bagi yg pernah mengalaminya..pasti tahu dan maklum kan?
Bagi yg belum..ini mungkin boleh jadi panduan.

Aku yg pernah melaluinya..aku merasakan ini:
1.   Terkejut /Terkesima /Tak mampu berkata2
2.   Ambil masa beberapa jam tuk bertenang.. hubungi dia..bertanya.. Tak senang duduk selagi tak dapat jawapan..
3.   Bila dia mengaku...aku hambur kata2 yg kasar padanya..
4.   Setelah seminggu berbalah..menangis..benyak fikir..aku dah tenang..
5.   Tak marah2 lagi..sebaliknya berbincang dengan waras
6.   Tak pernah aku sesabar itu dlm hidup ku..namun dgn dia aku sgt sabar..

Tapi buat anda..mungkin ini lebih baik:
1.   Istiqfar & selawat banyak2
2.   Bersabar... bertanya dengan cara baik
3.   Jangan marah2..jika tengah berdiri..sila duduk..@ baring @ terus  ambil wuduk... agar hati sejuk
4.   Jangan dilayan sangat rasa sedih..sibukkan diri dengan kerja..jangan ambil cuti & layan rasa hati
5.   Ambil masa..& berbincang dengan waras...
6.   Jika masih mampu..teruskan hubungan..jika tidak..lepaskan dengan cara baik & bermaruah..

Kini dah lebih setahun perkara itu berlaku...
Bila difikirkan semula..
Hanya dua perkaataan yang mampu ku ucapkan..
“aku bersyukur...”

Aku anggap ia sebagai ujian Allah swt pada ku..
Aku ambil positif...
Kecurangannya telah membuka mata ku..
Membuat aku belajar erti hidup..
Belajar sifat manusia..
Erti kejujuran..keikhlasan..kerahsiaan.. (sebenar)

Membuat aku  menjadi insan baru..yg lebih baik..
Lebih tabah..sabar..yakin..
& aku lebih mengingati Allah swt..Rasulullah..ibubapa ku

Perkara itu telah membuat ku buka mata..
Untuk mengetahui siapa yg benar2 syg pd ku..
Keluarga yg sangat mencinta..
Sahabat yg tak henti beri sokongan..
Alhamdulillah ya Allah...

Aku terima segalanya..
Sebagai takdir ku...
Itu Kadaq & kadar yg telah tertulis buat ku..
Terima kasih Ya Allah...
Untuk kehidupan ini..
Untuk Nafas yg masih bersisa..
Untuk Kesihatan yg baik..
Untuk Tulang empat kerat yg sempurna..ku dapat bekerja demi keberlangsungan hidup..

Buat mereka yg pernah ku sayang..
Mereka yg pernah membuat ku terluka..
Aku memaafkan segalanya..
Aku mendoakan yg terbaik buat kamu...



Buat kamu:

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa DIUJI lalu BERSABAR, DIBERI lalu BERSYUKUR, DIZALIMI lalu MEMAAFKAN dan MENZALIMI lalu BERISTIGHFAR maka bagi mereka KESELAMATAN dan mereka tergolong orang-orang yang memperolehi HIDAYAH." ~ Hadith Riwayat Al-Baihaqi

Salam Kasih Sayang...