Apa yg akan anda lakukan bila mendapat tahu bahawa kekasih anda selingkuh @ curang?
Bagi yg pernah mengalaminya..pasti tahu dan maklum kan?
Bagi yg belum..ini mungkin boleh jadi panduan.
Aku yg pernah melaluinya..aku merasakan ini:
1. Terkejut /Terkesima /Tak mampu berkata2
2. Ambil masa beberapa jam tuk bertenang.. hubungi dia..bertanya.. Tak senang duduk selagi tak dapat jawapan..
3. Bila dia mengaku...aku hambur kata2 yg kasar padanya..
4. Setelah seminggu berbalah..menangis..benyak fikir..aku dah tenang..
5. Tak marah2 lagi..sebaliknya berbincang dengan waras
6. Tak pernah aku sesabar itu dlm hidup ku..namun dgn dia aku sgt sabar..
Tapi buat anda..mungkin ini lebih baik:
1. Istiqfar & selawat banyak2
2. Bersabar... bertanya dengan cara baik
3. Jangan marah2..jika tengah berdiri..sila duduk..@ baring @ terus ambil wuduk... agar hati sejuk
4. Jangan dilayan sangat rasa sedih..sibukkan diri dengan kerja..jangan ambil cuti & layan rasa hati
5. Ambil masa..& berbincang dengan waras...
6. Jika masih mampu..teruskan hubungan..jika tidak..lepaskan dengan cara baik & bermaruah..
Kini dah lebih setahun perkara itu berlaku...
Bila difikirkan semula..
Hanya dua perkaataan yang mampu ku ucapkan..
“aku bersyukur...”
Aku anggap ia sebagai ujian Allah swt pada ku..
Aku ambil positif...
Kecurangannya telah membuka mata ku..
Membuat aku belajar erti hidup..
Belajar sifat manusia..
Erti kejujuran..keikhlasan..kerahsiaan.. (sebenar)
Membuat aku menjadi insan baru..yg lebih baik..
Lebih tabah..sabar..yakin..
& aku lebih mengingati Allah swt..Rasulullah..ibubapa ku
Perkara itu telah membuat ku buka mata..
Untuk mengetahui siapa yg benar2 syg pd ku..
Keluarga yg sangat mencinta..
Sahabat yg tak henti beri sokongan..
Alhamdulillah ya Allah...
Aku terima segalanya..
Sebagai takdir ku...
Itu Kadaq & kadar yg telah tertulis buat ku..
Terima kasih Ya Allah...
Untuk kehidupan ini..
Untuk Nafas yg masih bersisa..
Untuk Kesihatan yg baik..
Untuk Tulang empat kerat yg sempurna..ku dapat bekerja demi keberlangsungan hidup..
Buat mereka yg pernah ku sayang..
Mereka yg pernah membuat ku terluka..
Aku memaafkan segalanya..
Aku mendoakan yg terbaik buat kamu...
Buat kamu:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa DIUJI lalu BERSABAR, DIBERI lalu BERSYUKUR, DIZALIMI lalu MEMAAFKAN dan MENZALIMI lalu BERISTIGHFAR maka bagi mereka KESELAMATAN dan mereka tergolong orang-orang yang memperolehi HIDAYAH." ~ Hadith Riwayat Al-Baihaqi
No comments:
Post a Comment