Friday, 9 September 2011

kau & DIA..

kau,
buat ku terkenang peristiwa pahit..
bila teringat diri mu..
tiada perkara manis yang mampu ku ingat..
hanya bait-bait kedukaan & derita semalam yang kunjung datang..

DIA,
memikirkannya membuat ku rindu,
mengenangkannya membuat ku mahu menanti walau seribu tahun lagi,
mahu berharap bahawa dia akan kembali suatu hari nanti,
namun ku tak cukup kuat untuk mendoakan kami bersatu kerana sejarah silam mengajar ku,
jangan terlalu meminta-minta,
kerana Yang Maha Kuasa telah menentukan takdir,
qada & qadar kita..

kau,
suatu masa dulu ku pernah berdoa agar kau kembali,
namun saat kau datang pada ku, membawa hajat setinggi Everest,
tika itu hati ku telah kematu & tak dapat menerima mu lagi... 

kau,
suatu masa dulu membuat ku bahagia,
mengajar ku erti kasih sayang si adam & hawa,
namun siapa mampu menentang ujian Allah & duka yang datang...
kita gagal pertahankan hubungan itu..
yang amat ku kesalkan hanya 1,
keluarga ku.. kekecewaan & air mata mereka yang luruh..
saat mengetahui hubungan kita tak seperti yang diharapkan..

DIA,
mungkin baik, tulus, sayang keluarganya..
namun, perkenalan yang singkat belum mampu mengenal seseorang dengan lebih baik,
tetapi, mengenali seseorang bertahun lamanya,
jua bukan jaminan untuk kita yakin & percaya penuh kepadanya..
tinggalkan sedikit ruang buat diri sendiri,
agar bila kalah, kita tidak terlalu derita & merasakan perit,

DIA,
akan ku kenang hingga ke akhirnya,
akan ku doakan dia bertemu wanita sebaik dirinya,
akan ku doakan dia berbahagia dengan keluarga besarnya..

kau & DIA,
berbahagialah..
kerana bahagia itu milik setiap insan,
kerana disisi lelaki pasti ada wanita,

kau & DIA, berbahagialah,
sesungguhnya kemaafan itu telah lama ku berikan,
"dendam" tidak pernah ku semai dijiwa ku,

kau & DIA,
doakanlah agar aku mendapat berita baik,
dipinang calon suami yang terbaik buat ku,
yang hatinya seperti hati ku,
insyaallah...
amin ya Rabb...

No comments:

Post a Comment