ku bermimpi indah..
semalam,
ku mimpikan ibu ku...
semalam,
ku menatap wajah ibu ku..
wajah nan ayu,
senyum nan indah,
hangat kasih sayang mu ibu...
pagi tadi,
ku terjaga dari lena ku,
perasaan itu amat asing,
setelah kian lama ibu pergi..
baru kini ku termimpi akan ibu..
pagi tadi,
ku sedekahkan surah Al-fatihah buat ibu,
khamis lepas,
ku sedekahkan surah yassin buat ibu,
semoga Allah swt masih memberi ku kudrat,
untuk terus mendoakan ibu,
sedekahkan surah yassin tiap malam jumaat ku..
semalam, Khamis lepas & hari ini..
semoga Allah swt memelihara ibu ku..
memberi keampunan atas dosa ibu,
memberi keberkatan & rahmat pada ibu ku..
semalam, Khamis lepas, hari ini & hari-hari yang mendatang..
semoga ayah, adik beradik serta keluarga ku
masih terus mencintai ibu..
mengingati & sedekahkan ayat-ayat Suci buat ibu..
Terima kasih ya Allah..
kerana memberi ibu terbaik buat ku,
semoga suatu masa nanti,
ku jua mampu menjadi ibu yang baik untuk permata hati ku..
insyaallah.. amin..
**Mei 2008-Dalam kenangan
No comments:
Post a Comment