Showing posts with label it's about MY FAMILY... Show all posts
Showing posts with label it's about MY FAMILY... Show all posts

Tuesday, 19 June 2012

special day..for AYAH


kepada ayah ku..
selamat hari bapa..
semoga diberi kesihatan yang baik..
rezeki melimpah ruah..
kasih sayang selautan.. : )

Buat abang long pula..
Selamat hari ayah.. hehe
Baru jer beberapa bulan dapat zayyan kan..? : )

Semoga Allah swt senantiasa memberi nikmat
& kebaikan buat mu..
Agar diri mu mampu memelihara keluarga tercinta

p/s Jadi la anak, abang, suami & ayah yang baik : )

~ mizz wid ~

Saturday, 7 January 2012

sePETANG di hari SABTU..

Assalamualaikum wbt..
dah agak lama tak menaip kat sini..
terselit jua rasa rindu pada blog ini..
namun.. apakan daya.. keadaan tak mengizinkan...
tapi.. apa pun jua.. aku bersyukur...
alhamdulillah.. hehe

harap anda semua sihat sejahtera...
insyaallah.. amin..

pada hari rabu yang lepas..
my adik bongsu telah gerak ke sandakan...
beliau telah terpilih menjadi pelatih PLKN kumpulan 1,
sesi Januari - Mac 2012
all da best to my lovely sis! hehe..

tapi kan..
anda tau tak?? anda tau takk??
pelatih PLKN tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit mereka
sepanjang tempoh pembelajaran...
so.. Cik Wid agak kasiwa..
kerana tak dapat menghubungi adinda tersintak itu..
huhu..

namun,
setelah bertanya dengan seorang sahabat
yang memegang watak sebagai JURULATIH plkn,
beliau menyatakan bahawa...
telefon bimbit pelatih akan diserahkan semula kepada mereka
pada hujung minggu (sabtu & ahad)
namun peraturan ini berbeza mengikut kem..
di tempat beliau bertugas..
telefon diberi pada pelatih pada hari sabtu,
mereka boleh menggunakannya 24 jam,
& pada petang hari ahad telefon itu perlu diserahkan semula..

so..
dengan kegigihan & azam yang membara..
pagi tadi Cik Wid telah mengCALL kan adinda itu..
namun! masuk MAIL BOX! siotttttt betul!
Jurulatih kat kem tu sangat lah tak sporting moting! huhu..

walau apa pun..
harapan Cik Wid sebagai kakak kepada seorang pelatih PLKN tahun ni..
semoga adik Cik Wid dijaga dengan baik..
paling penting dari segi keselamatan, terutama ketika duk hostel &
ketika jalani aktiviti fizikal..
tidak lupa.. agar perut pelatih2 ini dijamu dengan makanan yang berkhasiat..
NOoo food poisoning please! hehe..



last but not list..
to all PELATIH PLKN tahun 2012..
Gambatee Kudasaeee!!!
wakakakakaa...


be STRONG.. more stronger than ever! ~ Miss Widuri ~

Saturday, 10 December 2011

URUSAN RAJA SEHARI..


Selesai sudah hal-hal kawen my cousin..
Fuhhhhhhh lega..
Walau Cik Wid tak terlibat langsung..
Namun doa ku tetap mengiringi kalian..
& semoga Allah swt merahmati perhubungan kalian..

Bila dah habis kenduri tu
Pastinya sibuk mengemas..
Segala peralatan dapur nak dibersihkan..
Barang yang pinjam nak dipulangkan..
Yang rosak harus diganti..

Seterusnya..
Bertandang ke rumah mertua pulak..
Berkenduri kendara lagik..
Sejurus selepas itu
Aktiviti mengemas pula..

Selanjutnya..
Bulan madu.. hehe..
Cik Wid no komen la kan.. wakakkaa...

Kemudian..
Hidup diteruskan seperti biasa..
Bekerja..
Namun.. kini hidup berdua..
& mungkin tak lama lagi akan berTIGA.. berEMPAT..
Dan seterusnya..
Hehehhe...

Semoga anda semua berbahagia...


p/s: buat adek..Saparno Masdal.. selamat melangsungkan perkahwinan..next week.. semoga berbahagia... aminnn...



stay ANGGUN all da time! ~ CiK WiD ~

Friday, 7 October 2011

my dear MAK SU...

kelmarin mak su call lagik..

macam biasa..
panjang la citer...
haruslah kan???
bagi gadis perantau macam CiK WiD ni yang jauh di mata.. (hik3)

borak punya borak..
tah macam mane kuar bab NIKAH KAWEN..huhu..
aku nevez lak aii... bila cakap bab ni ngan orang tue.. huhu..

kata mak su..
dia dalam dilema..
nak memilih antara dua jejaka..
yang bakal digelar SUAMI...

sorang cinta KARAT... dah betahun..
tapi blom juak masuk minang...

sorang baru jak kenal..
tapi...dah berani tanya wang hantaran.. (hik3)
ada tanda tanda SERIUS di situ... (wakakakaaa)

so..
nak pilih yang kita CINTA MATI ka...
atau... yang CINTA SUNGGUH kat kita?
nak pilih yang dah bertahun lama kenal kita?namun belum ada usaha nak pinang kita?
atau..pilih yang baru kita kenali..yang serius mahukan kita sebagai isteri??
tepuk dada..tanya hati.. tanya iman.. tanya kewarasan akal fikiran...

ape pun..
CiK WiD doakan agar mak su dipermudahkan jodoh..
walau siapa jua bakal PAK SU saye tu...
it's ok.. saye setuju ajer..
asalkan dia yang terbaik buat mak su...

p/s : to allz single gurlz out there..."Selamat memburu & diburu oleh bakal-bakal suami..." (wakakaaaa)






stay ANGGUN all da time! ~ CiK WiD ~

Wednesday, 5 October 2011

wedding... + kawen..

kahwinn....
what a nice word... (hik3)

sebut pasal kawen ni..
agak ramai pasangan artis yang kawen SEPTEMBER lepas..

Faezah Elai & pasangan
Eira Syazira & pasangan

Norman + Memey
Nabil & pasangan

Bulan NOVEMBER akan datang..
cousin2 CiK WiD pla bersusun book date kawen diorang (wakakakaaa)
berikut adalah calon2 Ratu Sehari di bulan NOVEMBER 2011:

12 NOV 2nd cousin CiK WiD..
si gadis 29 tahun..
perantau tegar.. (wakakakaaaa)
setelah kecewa berulang kali..
tukar ganti buypren...
akhirnya.. sangkut ngan mamat Johor + Klantan..
seguni TAHNIAH buat si akak cousin..
semoga majlis nikah d KL berjalan lancar..
begitu juga majlis resepsi di Sabah & (Johor @ Klantan) nanti..

25 NOV 1st cousin CiK WiD..
anak mak long..
juga berusia 29 tahun..
juga pernah terluka...
kini..sedang berdebar menunggu hari bahagianya..
+ mungkin sedang sibuk buat preparation kawen.. (hik3)
bakal bersuamikan sepupunya sendiri..
semoga kebahagiaan milik kalian..
amin...

p/s agaknya mak su bila lagik? (hik3)
semoga berbahagia buat mereka2 yang bakal berkahwin..
& semoga semuanya berjalan dengan lancar..aminn..


lots of L.O.V.E ~ CiK WiD ~

ayah ku KAWEN lagik..

ayah ku KAWEN lagik???

YA!
ayah ku memang sah! kawen lagi!

tapi..berkahwin..
setelah bertanyakan pendapat kami adik beradik...

seawalnya..
ayah berbicara dengan ku terlebih dahulu..
(selaku anak pompuan sulung)
bertanyakan pendapat ku...
& menyuruh ku berdiam...
adik beradik lain..
ayah ku akan maklumkan sendiri berita itu..

realitinya,
ramai juga peminat ayah...
dari gadis 23tahun
hingga janda 26tahun..
huhh...
mungkin kerana statusnya.. DUDA Kaya & Bergaya! (wakakakaaa..)

namun,
dek kerana jodoh..
ayah ku berkahwin jua dengan sepupunya..
berusia awal 40an.. anak dare.. bahasa halusnya Andalusia..(hik3)

alhamdulillah,
majlis berjalan lancar..
seluruh keluarga ayah bertungkus lumus membuat persiapan..

doa ku,
semoga ayah berbahagia menempuhi perkahwinan kedua ini..
semoga ibu baru mampu menjaga ayah.. zahir & batin
semoga macik baru..mampu kasihi ayah..
seperti mana dia kasihi dirinya..

mulanya..
aku susah hati..takut..
bukan tak mahu ayah kawen lagi..
tapi takut insan baru itu tak mampu menjaga ayah sepenuh hatinya..
ikhlaskah dia? rela ka dia terima duda beranak 4?

namun,
ku usir semua persoalan itu..
& ku berdoa tiap waktu..
semoga Allah swt beri bahagia pada ayah & macik baru..
& kami anak beranak mampu hidup bersama..
amin ya Rabb...

p/s 18 September 2011 dalam kenangan...



lots of L.O.V.E ~ anak solehah...Angah WiD ~


kelmarin...

kelmarin,
hampir saja ku terlupa..
3 Oktober 2011...
hari lahir adik pempuan ku...SI GaDiS..
yang ke 17 tahun...

kelmarin,
ku kirimkan sekalung doa buatnya..
semoga SI GaDiS cemerlang dalam SPM nya hujung tahun ini

ku menyimpan hasrat..
untuk bawa SI GaDiS.. bersama ku..
tinggal bersama..
& mampu melawat along & alang bila-bila masa..

sudah terlalu lama SI GaDiS.. sendiri..
sudah sampai masanya
tuk ku bawa dia bersama ku..
hidup dengan kakaknya..
tanpa perlu merasa berat.
risau..susah hati..

SI GaDiS..
bersabarlah..
ku kan mengambil mu kembali..

SI GaDiS..
semoga senantiasa berjaya dalam pelajaran mu..
tabah menempuh hari-hari di kem PLKN nanti
& semoga dapat rezeki masuk U..
& menjadi insan cemerlang dunia & akhirat mu..

p/s nanti kak belikan kasut baru ya... + kek blueberry.. hehe...


lots of L.O.V.E ~ kak Ngah WiD~

Monday, 19 September 2011

semalam aku mimpi lagi

semalam..
aku mimpi lagi..
mungkin kerana terlebih tido..
wat aku tak dapat tido lena..

selepas bergolek-golek..
setelah penat mencuba pelbagai posisi tido
akhirnya aku terlena..
tah jam berapa dah agaknya..

pas tu aku bermimpi..
suspen jugak..
lawak pun ader..
wakakaka...

namun terselit sesuatu yang buat ku
mengimbau kenangan lalu..

betapa atuk sangat melindungi kami 4beradik..
selalu berada di sisi..
buat lawak..buat kami tergelak besar..
mendidik, berkongsi ilmu & pendapat..
menasihat dari segala aspek..kawan,cinta, rumahtangga
mendorong kami untuk berjaya dalam pelajaran..

hmm..
semalam ku bermimpikan atuk & semua adik beradik ku..
semoga ikatan kami semakin kukuh..
semoga 4 beradik akan bertemu..bersatu.. berkasih sayang..
semoga kami senantiasa memberi..buat bekalan atuk di sana..

p/s : selamat pengantin baru..buat ayah..semoga ibu baru akan mencinta mu zahir & batin
       seperti mana ibu ku mencinta & menjaga mu selama hayatnya.. semoga berbahagia..
       (18 Sept 2011 dalam kenangan)

Thursday, 15 September 2011

pergi...

innalillah hi wainna ilahirajiun....

kesedihan menyelubungi pagi ku..
insan ku sayang..ku gelar atuk..
kini telah pergi..
pergi menghadap Ilahi...
pergi bertemu Pencipta nya..

tawar yang ku rasakan..
hambar yang datang..
luluh titisan mutiara jernih..
tatkala mengenangkan atuk ku..

lelaki gagah yang sekian lama berusaha untuk keluarga & anak-anak,
bekerja berhempas pulas,

lelaki tegas yang mengajar & mendidik ku,
memberi denda jika aku buat kesilapan,
mengajar ku erti kesabaran,
mengalah demi kebaikan sekeluarga..
mengajar ku untuk memberi kemaafan..

dia pencerita yang setia,
tak jemu & berulang kali menceritakan kesusahannya pada ku,
ketika perang jepun, british
kepayahannya mengharungi liku-liku hidup..

pelawak ku yang ceria,
selalu menghibukan hati ku & cucu-cucunya,
melawak, & menari untuk ku,
melayan karenah cucu-cicit yang kecil

penyembuh luka ku,
dia guru terbaik saat ku mula mengenal cinta..lelaki,
dia pendengar setia saat ku berhadapan dengan badai kasih,
dia tempat merujuk untuk apa jua masalah ku,
dia..mengalirkan air mata saat ku putus kasih,
dia..yang selalu risau tiap kali usia ku meningkat..namun ku belum bergelar ISTERI..

atuk yang ku sayangi,
pergi mu telah ditakdirkan,
pergi mu meninggalkan isteri, anak & cucu mu..
pergi mu mengundang kesedihan & tangis kami..

atuk ku,
melaut kasih sayang mu buat kami semua,
semoga ilmu & didikan mu akan menjadikan kami lebih dewasa,
lebih matang melalui kehidupan ini..


atuk ku,
terima kasih atas kasih sayang mu,
untuk tiap saat perhatian & sikap ambil berat mu,

atuk ku,
terima kasih kerana menjadi atuk ku,
atuk yang terbaik buat ku..
ayah kepada ibu ku..

atuk ku,
aku mencintai mu..
dunia & akhirat ku..

atuk ku,
semoga Allah swt melimpahkan rahmat kepada mu,
mengampunkan segala dosa mu,
memelihara mu,
memberkati mu,
& meletakkan mu diantara orang-orang yang soleh..

amin ya Rabbal Alaminnn..



Friday, 9 September 2011

MIMPI ku semalam..

semalam,
ku bermimpi indah..

semalam,
ku mimpikan ibu ku...

semalam,
ku menatap wajah ibu ku..
wajah nan ayu,
senyum nan indah,
hangat kasih sayang mu ibu...

pagi tadi,
ku terjaga dari lena ku,
perasaan itu amat asing,
setelah kian lama ibu pergi..
baru kini ku termimpi akan ibu..

pagi tadi,
ku sedekahkan surah Al-fatihah buat ibu,

khamis lepas,
ku sedekahkan surah yassin buat ibu,
semoga Allah swt masih memberi ku kudrat,
untuk terus mendoakan ibu,
sedekahkan surah yassin tiap malam jumaat ku..

semalam, Khamis lepas & hari ini..
semoga Allah swt memelihara ibu ku..
memberi keampunan atas dosa ibu,
memberi keberkatan & rahmat pada ibu ku..

semalam, Khamis lepas, hari ini & hari-hari yang mendatang..
semoga ayah, adik beradik serta keluarga ku
masih terus mencintai ibu..
mengingati & sedekahkan ayat-ayat Suci buat ibu..

Terima kasih ya Allah..
kerana memberi ibu terbaik buat ku,
semoga suatu masa nanti,
ku jua mampu menjadi ibu yang baik untuk permata hati ku..
insyaallah.. amin..

**Mei 2008-Dalam kenangan