insan yang diapanggil manusia
terkadang unik
selalunya lain dari yang lain
jarang dijumpai yang pelik
namun ada jua yang istimewa
manusia & kemanusiaan
manusia amat subjektif
kemanusiaan bersifat positif
manusia berwajah hati nan suci
adalah penghibur (badut berhidung merah di hari lahir mu)
merupakan penasihat (kaunselor rumahtangga & kerjaya mu)
juga pembimbing (consultant kendiri/personaliti mu)
manusia berhati gelap
ibarat musuh dalam selimut
gunting dalam lipatan
di mana harga diri manusia?
hingga sikap mazmumah jadi amalan
pentingkan diri..
memakan daging saudara sendiri
ke mana hilangnya kemanusiaan?
bila RM lebih tinggi nilainya daripada NYAWA?
bila DOLLAR lebih berpengaruh dari PERTALIAN DARAH?
bila POUND STERLING lebih mahal berbanding REDHA & MEMAAFI?
manusia,
boleh saja berhati TULUS seperti salju
namun mampu bertukar menjadi SAMURAI TAJAM
menghiris darah daging sendiri
manusia,
mampu saja bersangka baik, berbuat baik, fikir yang baik,
namun masih ada yang lebih gemar menyemai tompok-tompok hitam di hati
dengki, marah & iri hati
dendam, sombong & enggan memaafi
manusia,
tolong tinggikan darjat mu!
biar selayaknya digelar MANUSIA!
kerana kau bukan binatang!
bukan pengikut syaitan!
mahupun tali barut iblis durjana!
No comments:
Post a Comment