Sunday, 9 December 2012

kEsaL kerr?



Bebaru ini.. dia menghubungi ku…
Menyuarakan rasa kesal terhadap luka yang pernah dihadiahkan buat ku dulu..
Mulanya aku sekadar bacanya bersahaja…

Namun semalam…
Bila ku baca sekali lagi…
Ku amati tiap bait katanya..
Hati ku tersentuh..

Mungkin dia benar-benar maksudkan apa yang dia email pada ku..
Namun, aku hanya mampu berdiam..

Bagi ku cukup…
Cerita kami telah lama berakhir…
Kini..sebaris ayat ku.. suara ku… amat mahal buatnya..

Hati ku… rasa ku..
Biar ku simpan sendiri..
Kerana aku cukup memahaminya…
Kemahuannya untuk menyambung kembali hal yang amat mustahil..

Tapi, setalah masa berlalu…
Aku terfikir jua…
Mungkin situasi nya kini sudah berubah…

Mungkin dulu dia masih mahu aku..
Namun aku yang menolak..

Mungkin kini, dia masih mahukan ku..
Namun dia telah punyai tanggungjawab..
& terikat..

Atau mungkin dia hanya berasa kesal yang tak sudah..
Juga kasihan pada ku…
Menyesal melukai hati ku…

Walau apa jua situasinya..
Aku pasrah..
Aku redha pada ketentuan Allah swt..
Kerana semuanya telah tertulis..

Bukan jua aku mahu menidakkan takdir,
Namun jika boleh aku tak mahu dia.. hadir lagi..
Cukup.. sudah cukup peluang buatnya…
Cukup… sudah tak tertanggung sakit ku akibat perbuatannya..

Kini aku mahu hidup.. tenang.. damai…
Tanpa onar dari nya lagi..
Hidup untuk diri ku..
Untuk keluarga ku 
Hidup demi Tuhan ku.. Allah swt..

Semoga segalanya baik-baik saja..
Buat ku & keluarga ku… sahabat-sahabat ku
Jua buat dirinya..

Semoga dia mampu memahami..
Mampu mengerti akan erti hidup ini..
Mampu belajar daripada kesilapan lalu..


~Cik Wid~

No comments:

Post a Comment