Thursday 7 July 2011

Nasihat Lagik..


"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup,
pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup
sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita."



"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."
manfaatkanlah peluang yang ada..
kerana tidak akan selalu lapang itu datang,
berkat itu diberikan,
restu itu dihadiahkan buat kita..
renung2 kan lah.. :-)



ADIL itu apabila meletakkan sesuatu pd tempatnya & memberikan kpd yg berhak ke atas haknya....
BUKANNYA, 'meletakkan sesuatu SESUKA HATI kamu & menafikan hak ke atas mrk yg berhak!!!'......
jd sebelum buat keputusan, fikirlah 360 kali, sbb tindakan kamu bakal MENYUSAHKAN org lain...



Tenangkan jiwamu dengan Mengingati Tuhanmu,
Dari Allah kita datang...
Kepada Allah jua lah kita di kembalikan...
Semoga saat pertemuan dengan Allah,
segala amal ibadah kita Mencukupi dan kita telah bersedia menghadapinya...
InsyaAllah...



Sungguh Benar
"Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita
kehilangannya
tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya."



Lima jenis racun dan lima penawarnya;
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, ramadhan itu ubatnya.



Lima perkara
Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-
1:Wajah yang cantik
2:Duit yang banyak
3:Kesihatan yang baik
4:Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.

Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak. (Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' Surah Al-Baqarah ayat 286


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali;
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca al-quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan munkar dan nakir, maka banyaklah bacaan "laa ilahaillallah, muhammadur rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.




Sesalaan ku

Usia ku telah berlalu dlm kegiatan sia2 tiada erti..
& seluruh perkara ku berakhir padanya..

Org2 cerdik cendikiawan tlh bertegas utk beramal,
sdgkan aku cuma bertopang dagu,

& segala urusanku menjadi semu, tdk jelas & tdk menentu
telah nyata keuntungan org2 selain aku
& nyata pula kerugian ku

Wahai allah.. Alangkah baiknya jika dulu aku mendengar nasihat & pertuturan,
& aku taati larangan & peringatan

Setiap hari aku tergadai d antara setompok dosa & kesalahan ku

Aku berharap kiranya aku dpt semangat & cita2 pd diri ku
@ aku melihat diriku berbungkuskan kain kejujuran sebelumaku dibaringkan d liang kubur

Celakalah kamu wahaia hati..
Krn kamu tlh pura2 melupakan tempatku pd hari pengiringan nanti
& lupa ku terhadap dosa2 wallahi telah membebani punggungku!"




yang jauh itu WAKTU.......
yang dekat itu MATI....
yang besar itu NAFSU...
yang berat itu AMANAH...
yang mudah itu BERBUAT DOSA...
...yang panjang itu AMAL SOLEH...
dan yang indah itu SALING MEMAAFKAN.
- imam Al-ghazali


Sumber: dipetik daripada insan yg berkenaan.
(Cik WiD mohon SHARE ya? Thx)

No comments:

Post a Comment