Sunday, 9 December 2012

kEsaL kerr?



Bebaru ini.. dia menghubungi ku…
Menyuarakan rasa kesal terhadap luka yang pernah dihadiahkan buat ku dulu..
Mulanya aku sekadar bacanya bersahaja…

Namun semalam…
Bila ku baca sekali lagi…
Ku amati tiap bait katanya..
Hati ku tersentuh..

Mungkin dia benar-benar maksudkan apa yang dia email pada ku..
Namun, aku hanya mampu berdiam..

Bagi ku cukup…
Cerita kami telah lama berakhir…
Kini..sebaris ayat ku.. suara ku… amat mahal buatnya..

Hati ku… rasa ku..
Biar ku simpan sendiri..
Kerana aku cukup memahaminya…
Kemahuannya untuk menyambung kembali hal yang amat mustahil..

Tapi, setalah masa berlalu…
Aku terfikir jua…
Mungkin situasi nya kini sudah berubah…

Mungkin dulu dia masih mahu aku..
Namun aku yang menolak..

Mungkin kini, dia masih mahukan ku..
Namun dia telah punyai tanggungjawab..
& terikat..

Atau mungkin dia hanya berasa kesal yang tak sudah..
Juga kasihan pada ku…
Menyesal melukai hati ku…

Walau apa jua situasinya..
Aku pasrah..
Aku redha pada ketentuan Allah swt..
Kerana semuanya telah tertulis..

Bukan jua aku mahu menidakkan takdir,
Namun jika boleh aku tak mahu dia.. hadir lagi..
Cukup.. sudah cukup peluang buatnya…
Cukup… sudah tak tertanggung sakit ku akibat perbuatannya..

Kini aku mahu hidup.. tenang.. damai…
Tanpa onar dari nya lagi..
Hidup untuk diri ku..
Untuk keluarga ku 
Hidup demi Tuhan ku.. Allah swt..

Semoga segalanya baik-baik saja..
Buat ku & keluarga ku… sahabat-sahabat ku
Jua buat dirinya..

Semoga dia mampu memahami..
Mampu mengerti akan erti hidup ini..
Mampu belajar daripada kesilapan lalu..


~Cik Wid~

kisah TRAGIS




Ni citer tempat keje lama aku..
Dah agak lama la..3,4 tahun lepas..
Memula aku masuk company tu
Aku rasa macam biasa saja..
Tak ade yang di luar kebiasaan sangat…

Tapi…
Apabila aku berkawan dengan sorang kerani yang keje di bahagian stor
& menjalankan siasatan kecil-kecilan..
Barulah aku mendapat gambaran yang sepenuhnya tentang company ni..

Lokasi stor company tu jauh dari Head Office..
Kat situ la diletakkan stok barang yang dibeli dari luar mahupun dalam negara..
& di situ la juga tempat kegiatan “kejam” majikan aku nih..

Dijadikan story,
Aku mula terhidu kekejaman bos aku yang berdarah india tu..
Apabila heboh cerita bahawa sorang staf kami yang berasal dari India
Telah melarikan diri.. & mencoba untuk meloloskan diri di airport KL..
Bos aku yang punya pengaruh besar tu.. buat 1 call saja…
Polis da cekup mat India tu.. dah tangkap & hantar pada bos aku..
Nahhhhh… berkuasa tak bos aku…??

Bila aku risik-risik story ni..
Rupanya mat India tu tak tahan keje teruk ngan company kami..
Than, dia contact famly dia kata India minta kirim duit
Tuk dia beli tiket flight pulang ke India…
Nasib dia kurang baik, bila bos aku dapat tahu…
Memang siapppppppp la diaa…

Nak tau ape bos aku buat??
Dia jemput mat India tu kat airport… bawa balik…
Terus ke stor company kami…
Than, mamat tu di belasah sampai lunyai..
Tak  cukup dengan kayu… besi…
Luka berdaarah… menagis.. meraung…patah ruik…
Yang belasah dia tu warga India juga..
Orang kanan & orang harapan bos aku..

Ni kawan aku kerani kat stor tu yang story,
Dia kata mamat tu dikurung di sangkar besi..
Lepas lunyai digasak tu.. dia pengsan…
Mamat tu tak dibagi makan melainkan minum air ja..
Mengalir air mata kerani tu..
Tapi tak mampu buat apa..
Coz bos aku tu dah macam mafia kejam! Huhu

Kesian kan mamat India tu?
Tak lama lepas tu kami reramai benti keje kat situ..
So tak tahu dah ape kejadian mat India yang sungguh kasihan tu..

Sebenarnya kan..
Sejak aku keje kat situ..
Sebagai staf yang keje di bahagian HR
Aku dapat hidu ketakjujuran mereka-mereka ini.. huhh!

Tau tak??
Bos aku buat iklan on line..
Supaya ramai orang dari India sana terjerat..
Keje bagus ADMIN, HR, ACCT… gaji lumayan…
Kenapa mereka tu tak tertipu…

Sudahnya…
Bila datang Malaysia..
Diorang keje jadi supervisor kedai kain..
Gaji 600 jer.. keje 7 pagi hingga 11 malam..
Bukan duk ofic pun.. diorang la supervisor..
Diorang juga mamat stor.. tukang angkat barang..
Maintenance guy… tukang baiki tandas..
Ape yang dorang tak buat??

Bos aku siap buat  perjanjian..
Passport  bos aku tak bagi dorang pegang..
Tiap bulan 60% gaji dorang terus bos kirim ke India tuk family diorang
Kalau buat hal..
Memang siapp… kena la…
Patah.. lunyai… bengkak…koyak… tumpah darah…
Nahhh… betapa kejam nya bos aku tu??

Kadang aku sedih juga
Bila diorang nak gaji diorang yang selebihnya tu bos tak bagi..
Bos simpan tuk diorang kunun…
Sampaikan nak beli seluar dalam pun kena request minta advance!
Boleh??? Kau adaaa???
Fuhhhhhhhhh memang la siotttt tahap gaban tu bos aku…
Tak  de prikemanusiaan…

Aku selalu juga dekati diorang..
Bila aku turun kedai.. ronda-ronda..
Ala-ala pegawai la kunun..
Than, aku akan tanya masalah diorang..
Keperluan diorang..
sambil aku korek-korek la story dorang..

Korang tau tak mamat india tu tahap pendididkan dorang takat mana??
Ada yang degree.. master.. pHD jer tak der…
Ade blajar account, sc comp, macam-macam lagi….
Ade jua yang stakat skolah rendah jer…
Tapi staf India kami memang 60% graduan, yang memang terpedaya habis!
Kabur mata dengan gaji lumayan & kemudahan yang bos aku tawarkan..
Yang ternyata sume tu TIPU DAYA semata-mata…
Kesian kannn??

So, bila aku lihat orang asing yang lain..
Dapat keje.. kuar bebas…
Aku rasa dorang beruntung..
Sebab aku penah nampak & tahu
Ada orang asing yang datang Malaysia & hidup tersiksa di sini..

Makan pun berdikit-dikit, tidur tak panjang mana..
kalau sakit pun kena turun keje
baju diorang?? Baju yang sarung kat badan tu baju yang dibawa dari India saja..
tak merasa beli baju di Malaysia.. kalau dapat pun sepasang saja yang mampu dibeli..
atau mungkin baju terpakai…
Sangat sedih.. bila ku kenang diorang tu…

Aku tahu, dah banyak bos aku buat onar kat sume staf..
Baik sttaf tempatan @ luar negri..
So, aku tak heran.. bila ramai yang doa yang buruk2 kat bos aku tu..
Lain lagi yang menyumpah seranah dia… fuhhh…

Aku dihimpit rasa bersalah juga sebab tak mampu tolong diorang..
Terutama mamat India yang betul-betul dieksploitasi tu..
Aku harap sume diorang baik-baik saja…
Untuk bos aku tu…
Hmmm.. semoga dia insaf la..

Semoga kita mengambil pengajaran ya..

Yang kurang itu dari kita… manusia..
Yang baik itu dari Allah swt…

~Cik Wid~

Saturday, 8 December 2012

mat bangla yang TERLAMPAU





Tau tak nape aku tetiba nak tulis hal ni???
Sebab ia terjadi di depan mata ku…
Aku rasa sangat geram dengan mat bangla sorang nih…
Hingga aku rasa nak wat entry ni..

Dijadikan story…
Sorang Mat bangla ni keje kat tempat aku..
Dah la malas keje.. banyak bising pulak…
Dah tu bos aku yang baik ati.. pi bagi dia gaji bulan..
(sebenarnya dorang ni gaji hari.. @ pajak..
berapa banyak dorang mampu buat.. banyak tu la duit dorang dapat…)

yang bikin hot kat bos aku & aku skali…
apabila c mamat ni tetiba lak nak balik tanah air dia..
katanya dah tak mau keje kat sini…

so, bos aku trus bli ticket flight kat dia…
gaji dah bagi… sume dah setel.
tapi… tapi.. tapi…
tetiba pla abang mamat ni call bos aku..
(abang dia keje kat Malaysia juga, tapi company lain)

Dia kata adik dia tak dilayan sebaiknya.. berikut adalah soklan menyampah dari dia..:
1.       Kenapa tetiba nak di hantar adik dia pulang Bangladesh?
2.       Kenapa bli ticket flight yg kena transit 1 malam kat KL?
3.       Kenapa tak ambil 1 hala ja?
4.       Kenapa tak ambil flight hari ahad saja?

Dah tu.. aku jawab kan ek…soklan kat atas..:
1.       Sebab adik dia malas keje. Tapi nak gaji lebih
2.       Sebab skrg AAsia dah tak p Darka, hanya MAS saja..
3.       MAS punya jadual dah memang fix so tak de masa lain yang sesuai
4.       Sebab hari ahad cuti, staf kami tak dapat hantar dia dari office ke Airport tu & adik dia tu juga yang gatai nak balik segera!

Nampak tak?? Nampak takk???

Dah tu abang dia siap ugut pulak bos aku…
Jangan pandang sebelah mata kunun, walau dia asal dari bangla..
Dia ble buat company bos aku sampai lingkup! Fuhhhh.. dasyatt ayat dia..
Macam pla kat Malaysia nan indah ni tiada undang-undang! Kannn?

Dah tu, abang mamat Bangla ni kata nak datang ofis..
nak bersemua ngan bos aku..
sepetang bos aku tunggu dia tak mai pun..
last skali bos aku p wat report kat balai..
sebagai langkah berhati-hati… huhu..

aku yang panas sangat ni sebab:
1.       Bos aku kata mat bangla ni kuang ajaq.. tak penah nak panggil elok-elok.. than trus minta apa yang dia mahu.. macam la company tu bapak dia punya.. nak mintak itu ini bagai…
2.       Apa dia anak raja ka yang tak bole tido kat airport tu? Aku biasa ja transit kat memana airport d Malaysia.. relax jer…
3.       Lagi aku marah bila tau, bos aku kata nak bagi RM300 tuk dia beli makan kat airport nanti… tapi mat bangla tu tolak mentah-mentah.. aku panazzz lak aiiii…. kalau tuk beli makanan tuk 1 malam ja transit kat airport tak ke pecah perut dia makan makanan harga RM300 tu?? ee… aku geram betul…

Di pendekkan citer mat bangla ni memang tak tau di untung.. nasib baik tau dia dapat masuk & kuar Malaysia ni dengan aman.. aku pernah lihat kes yang lebih teruk dari ni tau… memang tragiss la wei… korang mesti tak caye punya kalau aku citer… korang tunggu la entry aku seterusnya… memang korang muntah la baca nanti..

So, pengajarannya kat sini… kita ni kat mana pun haruslah:
1.       hormat kat siapa pun, terutama majikan..
2.       bawa bincang, jangan terus ugut @ berkata yang kasar
3.       tolong la agak-agak kalau diri tu perantau.. jangan la buat hal bagai!

harap-harap korang cool jer dengan entry aku yang agak membakar ni ek…
ape-ape yang menyakitkan mata & hati… aku minta maaf na..
P.E.A.C.E…

~Cik Wid~