Sunday, 10 July 2011

JIHAD seorang IBU..


Wanita, khususnya ibu, juga berjuang dengan bersungguh-sungguh atau jihad. Itulah sebabnya pengorbanan ibu sering diingati sehingga Hari Ibu senantiasa popular.
Hadiths menyatakan: “Setiap jerih payah isteri di rumah sama nilainya dengan jerih payah suami di medan jihad.” (HR Bukhari & Muslim).

Pada dasarnya, Islam telah mengankat darjat wanita, termasuk para isteri atau ibu yang memelihara rumah tangganya.

Untuk mendapatkan syurga-Nya kelak, isteri cukup berjuang di rumah tangganya dengan ikhlas. Peluh mereka di dapur dinilai sama dengan darah mujahid di medan perang.

Menjadi ibu di rumah tampak perkara remeh. Padahal, urusan rumah tangga dan mengasuh anak amat mencabar. Ia juga mengandungi kebaikan dan hikmah besar. Di tangan ibulah keperibadian sebuah generasi dipupuk.

Pertumbuhan suatu generasi bangsa bermula di buaian. Di tangan ibu pendidikan anak ditanam sejak awal sehingga tampil generasi bermutu untuk berbakti kepada watan, bangsa dan agama.

Dalam Islam, tugas ibu amat besar lagi mulia dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat.
Rasulullah s.a.w berpesan: “Seorang isteri pemimpin di rumah suaminya dan bila bertanggungjawab atas kepemimpinannya.” (HR Bukhari & Muslim).

Sayangnya, banyak wanita kurang senang dengan kegiatan rumah tangga. Mereka lebih bangga bekerja di luar rumah kerana mengutamakan azam berdikari.

Meskipun seorang wanita tidak bekerja setelah lulus sarjana, ilmunya tidak akan sia-sia. Ini kerana dia akan menjadi ibu sekali gus pendidik bagi anak-anaknya.

Kebiasaan berfikir ilmiah yang dia dapatkan daripada proses belajar di institusi itulah yang akan menjadi pelengkapnya dalam mendidik anak. Seorang ibu memang harus cerdas dan bermutu kerana kewajiban mengurus anak tidak hanya memberi makan minum dan pakai saja.

Ibu perlu dapat merawat dan mengasuh anaknya dengan benar, penuh kasih sayang dan kesabaran. Ibu bak acuan yang menempa anaknya dengan nilai mulia sehingga terhindar daripada unsur sekitar yang merosak akal dan akhlaqnya.

Itulah sebabnya ibu diletakkan tiga darjat lebih tinggi daripada bapa. Di telapak kaki ibu yang solehah ialah syurga anaknya.

♥_♥_♥_♥_♥_♥_♥_♥_♥_♥_♥_♥_♥_♥_♥_♥_♥_♥_♥_♥_♥_♥

Madah Buat Mama…

Jeritan doamu mengumandangkan jalan bagiku
Derasnya air matamu menerjang kalbu yang menghampiriku
Canda tawamu melantunkan pujian kemenangan bagiku
Keringat penderitaanmu meminyaki kepalaku
Gemuruh takkan pernah menghentikan langkahmu
Badai takkan pernah menelan semangatmu
Membuat mataku terbuka melihat silaunya cahaya hidupmu
Dan jantungku berdetak dengan irama ketulusanmu
Aku menangis melihat betapa besarnya rasamu untukku
Yang selalu terbalas dengan setumpuk kepedihan
Membuatmu menangis dengan langkahku
Tapi tidak pernah menggenggamnya dalam anganmu
Malam menanti, siang menunggu
Namun engkau selalu menghampiri aku dalam doa
Menjemput aku dengan nyanyian yang di iringi harapan
Berharap dan terus berharap dalam doa yang beralaskan tangisan

Mama…
Dunia boleh menepismu…
Tetapi sesungguhnya syurga bakal menantimu
Menunggumu dengan segala kebenaran dan ketulusan yang
tercermin di hatimu

Mama…
Air matamu mengalirkan mata air bagiku
Tangisanmu menghapus kebebalan hatiku
Doa-doamu meluruskan langkahku

Sumber: dipetik daripada Aman LG.
(CiK WiD mohon SHARE ya? Thx)

http://www.rediesh.com/untuk-wanita/jihad-seorang-ibu

No comments:

Post a Comment