Sunday, 3 July 2011

HATI KU menangis pilu

Duhai hati..
janganlah menangis lara
hiba..
hapuslah air mata mu
insyaallah semua akan baik-baik saja

Wahai si hati,
bersabarlah..
dengan karenah mereka
mereka boleh bilang apa saja
mereka bisa berkata sesuka hati

Namun hati
kau bersabarlah
sesungguhnya
kau lebih tahu HATI mu
kau lebih tau NAWAITU mu
PENDIRIAN mu
KETEGASAN mu
ALLAH SWT memerhati.. memaklumi

Wahai si hati
teruslah tabah
biar kau dihujani tohmahan
salah faham

bersabarlah
suatu masa
pasti terserlah jua kebenaran
bahawa hati mu tulus suci
tidak pernah kau kejam atau berniat/berbuat jahat

Duhai hati..
menangislah
jika itu bisa buat kau lega
menangislah..merintihlah pada TUHAN mu
namun selepas itu
berhentilah
kerana andai benar NAWAITU mu
kau di pihak yang betul

janganlah kisahkan mereka
si manusia yang lemah
yang kadang hanya menilai dengan mata
bukan dengan hati...nurani

utamakanlah ALLAH SWT
kerana IA PENCIPTA mu
MAHA KUASA
MAHA TAHU
MAHA MENYAYANGI
cintai RASUL mu
Nabi junjungan MUHAMMAD SAW..

Duhai hati
jangan didendami manusia itu
redha saja
terima segalanya sebagai takdir
semoga ada hikmah yang baik
dibalik semua ini

Sudah lumrah
tidak semua insan akan sayang kita
pasti ada yang benci..iri hati
namuan biarkanlah
teruskan hidup mu
tetapkan nawaitu mu..hati mu
kekal lah baik
berjiwa tulus..murni..
kerana itu yang seharusnya..

Duhai hati
hidup bukan untuk dunia saja
bersabarlah demi akhirat mu
bersabarlah apabila kau diuji
insyaallah..semua akan baik-baik saja nanti
percayalah..

salam kerinduan di angin lalu..

No comments:

Post a Comment