Tuesday, 20 September 2011

kosong...

Kamu seperti hantu
Terus menghantuiku
Ke mana pun tubuhku pergi
Kau terus membayangi aku 


Salahku biarkan kamu
Bermain dengan hatiku
Aku tak bisa memusnahkan
Kau dari pikiranku ini

Di dalam keramaian aku masih merasa sepi
Sendiri memikirkan kamu
Kau genggam hatiku
Dan kau tuliskan namamu
Kau tulis namamu

Tubuhku ada di sini
Tetapi tidak jiwaku
Kosong yang hanya kurasakan
Kau telah tinggal di hatiku



(By Dewa..)






with LOVE.... CiK WiD

aku MAHU...

" kau boleh acuhkan diriku dan anggap ku tak ada
tapi takkan merubah perasaanku … kepadamu …
Kuyakin pasti suatu saat
semua kan terjadi
kau kan mencintaiku dan tak akan pernah … melepasku …
Aku mau mendampingi dirimu
aku mau cintai kekuranganmu
selalu bersedia bahagiakanmu apapun terjadi kujanji kan aku ada
Kau boleh jauhi diriku
namun ku percaya
kau kan mencintaiku dan tak akan pernah melepasku …
Aku mau mendampingi dirimu
aku mau cintai kekuranganmu
slalu bersedia bahagikan mu apapun terjadi
ku janjikan aku ada … aku ada …
Aku mau mendampingi dirimu
aku mau cintai kekuranganmu
aku yang rela terluka untukmu selalu …
Aku mau mendampingi dirimu
aku mau cintai kekuranganmu
slalu bersedia bahagianmu apapun terjadi … kujanji kan aku ada "


(By Once..)


~With L.O.V.E... CiK WiD...~




CINTA itu indah.. INDAH ka??


CINTA..

C = cuak, tak pernah ada
I  = Indah segalanya..tiada yang cela
N = Nak selalu bersama, dekat dimata dekat dihati
T = Tak pernah marah & ambil hati
A = angin selalu baik.. jiwa senang.. hati berbunga-bunga...

wakakakkaaa...
itu kah cinta?
tepuk dada.. tanya jiwa masing-masing...

bercinta,
indahnya saat itu..
lebih-lebih lagi cinta pertama..
semua serba pertama kali..
walau ada rasa pelik..asing..
namun pastinya indah.. hik..hik..hik...

indahnya tika mula kenal cinta..
saat pertama kali merasakan rindu..
rasakan debar di dada saat pertama kali jumpa si dia..
jantung berdegup kencang..
satu badan terasa dingin membeku..

indahnya tika bercinta,
meluah rasa hati..
dua insan yang punya satu rasa yang sama..
rasa cinta yang menyatukan hati..
tautkan rasa..perasaan..

alangkah indahnya cinta,
saat direstui kedua keluarga..
mendapat keberkatan ibu bapa.. & bakal ibu bapa mertua..

cinta itu amat indah,
bila kita mahu berkongsi,
tak lokek untuk memberi,
menerima dia seadanya..
& dia dapat menerima kita seadanya..

bagi anda yang pernah bercinta..
simpanlah memori indah itu..
untuk menjadi penguat saat anda & pasangan bergelut rasa..

bagi anda yang belum bercinta..
jangan risau..akan sampai jua ketika itu..
hanya satu pesan ku..
nanti, saat kau bedepan dengan kecewa..
atau rasa perit, sakit...
jangan pernah putus asa..
kerana cinta itu indah..
& masih tetap indah..
jika anda masih mahu menganggapnya sebagai suatu keINDAHan HIDUP..

cintai lah dirinya..
& berbanggalah kerana kau dicintai si dia...



salam manis + gula batu...
CiK WiD

Monday, 19 September 2011

semalam aku mimpi lagi

semalam..
aku mimpi lagi..
mungkin kerana terlebih tido..
wat aku tak dapat tido lena..

selepas bergolek-golek..
setelah penat mencuba pelbagai posisi tido
akhirnya aku terlena..
tah jam berapa dah agaknya..

pas tu aku bermimpi..
suspen jugak..
lawak pun ader..
wakakaka...

namun terselit sesuatu yang buat ku
mengimbau kenangan lalu..

betapa atuk sangat melindungi kami 4beradik..
selalu berada di sisi..
buat lawak..buat kami tergelak besar..
mendidik, berkongsi ilmu & pendapat..
menasihat dari segala aspek..kawan,cinta, rumahtangga
mendorong kami untuk berjaya dalam pelajaran..

hmm..
semalam ku bermimpikan atuk & semua adik beradik ku..
semoga ikatan kami semakin kukuh..
semoga 4 beradik akan bertemu..bersatu.. berkasih sayang..
semoga kami senantiasa memberi..buat bekalan atuk di sana..

p/s : selamat pengantin baru..buat ayah..semoga ibu baru akan mencinta mu zahir & batin
       seperti mana ibu ku mencinta & menjaga mu selama hayatnya.. semoga berbahagia..
       (18 Sept 2011 dalam kenangan)

Thursday, 15 September 2011

bacaan talkin..



Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainka! n zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.


Wahai SAYA Bin IBU SAYA, 
wahai SAYA Bin IBU SAYA, 
wahai SAYA Bin IBU SAYA, 
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. 

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. 

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah takut dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

Kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.


Sumber: http://www.pinggiranusj.net/t622-bacaan-talkin
(CiK WiD mohon share..thx)

pergi...

innalillah hi wainna ilahirajiun....

kesedihan menyelubungi pagi ku..
insan ku sayang..ku gelar atuk..
kini telah pergi..
pergi menghadap Ilahi...
pergi bertemu Pencipta nya..

tawar yang ku rasakan..
hambar yang datang..
luluh titisan mutiara jernih..
tatkala mengenangkan atuk ku..

lelaki gagah yang sekian lama berusaha untuk keluarga & anak-anak,
bekerja berhempas pulas,

lelaki tegas yang mengajar & mendidik ku,
memberi denda jika aku buat kesilapan,
mengajar ku erti kesabaran,
mengalah demi kebaikan sekeluarga..
mengajar ku untuk memberi kemaafan..

dia pencerita yang setia,
tak jemu & berulang kali menceritakan kesusahannya pada ku,
ketika perang jepun, british
kepayahannya mengharungi liku-liku hidup..

pelawak ku yang ceria,
selalu menghibukan hati ku & cucu-cucunya,
melawak, & menari untuk ku,
melayan karenah cucu-cicit yang kecil

penyembuh luka ku,
dia guru terbaik saat ku mula mengenal cinta..lelaki,
dia pendengar setia saat ku berhadapan dengan badai kasih,
dia tempat merujuk untuk apa jua masalah ku,
dia..mengalirkan air mata saat ku putus kasih,
dia..yang selalu risau tiap kali usia ku meningkat..namun ku belum bergelar ISTERI..

atuk yang ku sayangi,
pergi mu telah ditakdirkan,
pergi mu meninggalkan isteri, anak & cucu mu..
pergi mu mengundang kesedihan & tangis kami..

atuk ku,
melaut kasih sayang mu buat kami semua,
semoga ilmu & didikan mu akan menjadikan kami lebih dewasa,
lebih matang melalui kehidupan ini..


atuk ku,
terima kasih atas kasih sayang mu,
untuk tiap saat perhatian & sikap ambil berat mu,

atuk ku,
terima kasih kerana menjadi atuk ku,
atuk yang terbaik buat ku..
ayah kepada ibu ku..

atuk ku,
aku mencintai mu..
dunia & akhirat ku..

atuk ku,
semoga Allah swt melimpahkan rahmat kepada mu,
mengampunkan segala dosa mu,
memelihara mu,
memberkati mu,
& meletakkan mu diantara orang-orang yang soleh..

amin ya Rabbal Alaminnn..



Monday, 12 September 2011

sepi..

sepi...
kian menggigit rasa..
menghiris perasaan..

sepi..
di dunia yang luas
ku rasakan sendiri..
tiada tawa, tiada erti..

sepi...
walau masih bernafas
ku rasa tersekat sekat

sepi...
walau mereka ada
kenapa ku masih rasa sunyi??
apakah mereka ikhlas??
benarkah mereka mahu kenali ku??
atau sekadar permainkan naluri kewanitaan ku??

sepi..
sepi si hawa tanpa adam nya..
sepi si rembulan tanpa pungguk..
sepi sudu tanpa fork..

sepi..
akankah perkataan ini terungkai
setelah hadirnnya seseorang??
akan terusirkah sepi.. tatkala muncul dia yang telah lama dinanti?
wallahualam....

salam kerinduan buat mu.. adam ku... yang bakal muncul..menyeri hidup ku..
insyaallah.. amin Ya Rabb.