Tika bersendiri..ku terfikir..
Apa sebenarnya ramuan UTAMA yang perlu ada
Dalam sebuah rumah tangga??
Kasih sayang dan cinta?
atau.. Wang ringgit & material?
Atau mungkin, yang perlu adalah sifat ikhlas,
Memahami, sikap toleransi,
& jelas akan nawaitu berumah tangga..
Aku masih kurang jelas,
Mengapa pasangan yang sememangnya bercinta sakan
Tapi setelah berkahwin, punya anak satu,
Ada saja perkara yang tak kena..
Apakah tiada perbincangan?
Kurang komunikasi?
Tiada rundingan?
Atau pasangan tersebut sama sama keras kepala
& enggan mahu bertolak ansur?
Aku yang blom berkahwin,
punyai rasa gusar di hati…
Betapa rumitnya sebuah rumah tangga itu..
Kerana ia melibatkan 2 manusia..
& juga insan lain yakni mertua, ipar duai.. anak-anak..
Namun ku pasti,
Andai pasangan itu JELAS dengan
NAWAITU @ NIAT perkahwinannya
Maka mereka pasti mampu miliki DAMAI sebuah rumah tangga..
Dalam tegas kita..kadang kala, beralah itu perlu..
Mengalah tak bermakna kalah..
Ia mencerminkan kekuatan peribadi..
Keberanian anda, untuk memberi sesuatu kepada insan tersayang
Percaya itu perlu,
Namun jangan keterlaluan..
Kerana kau & aku manusia..
Kita insan hina..
Yang terkadang lalai, lupa..
Leka dengan kesenangan yang diberi..
Berada di zon selesa hingga tak perasan
ada hati yang terluka dalam diam..
jadilah manusia yang punyai kesedaran
jadilah pasangan yang jelas akan
nawaitu @ niat sesuatu IKATAN SUCI..
~ mizz wid ~
rumahtangga itu byk perlu tolak ansur.. dan perlu lebih keraskan hati supaya tak mengamuk :P..
ReplyDeletebetul ka? hehe...
DeleteinsyaAllahh..... tak nak fikir dalam2 sangat....heeee
ReplyDeletetau x per.. hihi...
DeleteInsyAllah
ReplyDeleteIn Sya Allah :)
Delete