Tuesday, 21 June 2011

ikhLAS

Keikhlasan..
begitu sukar dipastikan

Keikhlasan..
Apakah tiap orang memilikinya??
apakah anda tekankannya dalam diri anda??

Anda amat berharap tiap insan ikhlas pada diri anda,
namun,
adakah anda cukup ikhlas pada semua??

Dengan bersikap ikhlas,
anda akan berasa lega..selesa..nyaman..
hati anda tenang,
segala nya akan berjalan lancar

Bagi mereka yang tidak ikhlas,
akan sentiasa dilanda keraguan,
selalu syakwasangka pada orang lain,
merasakan tiap orang punya agenda tersirat pada dirinya

Namun,
terdapat jua manusia yang sangat jelas sifatnya,
yang mudah diamati diri sebenarnya..
Lurus sikapnya..
polos wajahnya..
luhur tuturnya..

ikhlaslah...
kepada diri mu,
kepada orang tersayang mu,
terhadap mereka yang disekeliling mu..

Kerana dengan berhati ikhlas,
anda akan disayangi semua,
anda akan dicintai..
insyaallah...

Salam Sayang..di angin lalu...

No comments:

Post a Comment