Tuesday 31 May 2011

WIDURI....si MAwar BERduri


 “Di suatu senja di musim yang lalu
Ketika itu hujan rintik
Terpukau aku menatap wajahmu
Di remang cahaya sinar pelangi
Lalu engkau tersenyum
Ku menyesali diri
Tak tahu apakah erti senyummu

Dengan mengusap titik airmata
Engkau bisikkan deritamu
Tersentuh hati dalam keharuan
Setelah tahu apa yang terjadi
Sekian lamanya engkau
Hidup seorang diri
Ku ingin membalut luka hatimu

Widuri Elok bagai rembulan... oh sayang
Widuri Indah bagai lukisan... oh sayang
Widuri Bukalah pintu hati untuk ku
Widuri Ku akan menyayangi

Sekian lamanya engkau
Hidup seorang diri
Ku ingin membalut luka hatimu

Widuri Elok bagai rembulan... oh sayang
Widuri Indah bagai lukisan... oh sayang
Widuri Bukalah pintu hati untuk ku
Widuri Ku akan menyayangi

Widuri
Elok bagai rembulan... oh sayang
Widuri “


Aku suka sangat lagu ni..
Pertama kali mendengarnya..hatiku terusik..
Tika itulah ku mula menggunakan “WiDuRi..”
Sebagai nama pena ku..

Bagi ku..nama tu sangat tradisional..
Evergreen....
Ada aura yg kuat....
(entah kamu dapat merasakanya atau tidak..
Tapi cubalah dengar lagu Broery tu..
Mungkin kamu bisa rasakan apa yg ku katakan ini)


Buat kamu:

sesuatu nama yg cantik..
Tidak mestinya menggambarkan cantiknya karakter c empunya diri..
sesuatu nama yg cantik..
Mungkin berbulan2 difikirkan oleh ayahnya..ibunya..
Sesuatu nama yg cantik..
Semoga si empunya diri jua bersifat cantik..
Punya hati, jiwa, nurani yg cantik..


BILA keKASIH ku SeLINGkuh...


Apa yg akan anda lakukan bila mendapat tahu bahawa kekasih anda selingkuh @ curang?
Bagi yg pernah mengalaminya..pasti tahu dan maklum kan?
Bagi yg belum..ini mungkin boleh jadi panduan.

Aku yg pernah melaluinya..aku merasakan ini:
1.   Terkejut /Terkesima /Tak mampu berkata2
2.   Ambil masa beberapa jam tuk bertenang.. hubungi dia..bertanya.. Tak senang duduk selagi tak dapat jawapan..
3.   Bila dia mengaku...aku hambur kata2 yg kasar padanya..
4.   Setelah seminggu berbalah..menangis..benyak fikir..aku dah tenang..
5.   Tak marah2 lagi..sebaliknya berbincang dengan waras
6.   Tak pernah aku sesabar itu dlm hidup ku..namun dgn dia aku sgt sabar..

Tapi buat anda..mungkin ini lebih baik:
1.   Istiqfar & selawat banyak2
2.   Bersabar... bertanya dengan cara baik
3.   Jangan marah2..jika tengah berdiri..sila duduk..@ baring @ terus  ambil wuduk... agar hati sejuk
4.   Jangan dilayan sangat rasa sedih..sibukkan diri dengan kerja..jangan ambil cuti & layan rasa hati
5.   Ambil masa..& berbincang dengan waras...
6.   Jika masih mampu..teruskan hubungan..jika tidak..lepaskan dengan cara baik & bermaruah..

Kini dah lebih setahun perkara itu berlaku...
Bila difikirkan semula..
Hanya dua perkaataan yang mampu ku ucapkan..
“aku bersyukur...”

Aku anggap ia sebagai ujian Allah swt pada ku..
Aku ambil positif...
Kecurangannya telah membuka mata ku..
Membuat aku belajar erti hidup..
Belajar sifat manusia..
Erti kejujuran..keikhlasan..kerahsiaan.. (sebenar)

Membuat aku  menjadi insan baru..yg lebih baik..
Lebih tabah..sabar..yakin..
& aku lebih mengingati Allah swt..Rasulullah..ibubapa ku

Perkara itu telah membuat ku buka mata..
Untuk mengetahui siapa yg benar2 syg pd ku..
Keluarga yg sangat mencinta..
Sahabat yg tak henti beri sokongan..
Alhamdulillah ya Allah...

Aku terima segalanya..
Sebagai takdir ku...
Itu Kadaq & kadar yg telah tertulis buat ku..
Terima kasih Ya Allah...
Untuk kehidupan ini..
Untuk Nafas yg masih bersisa..
Untuk Kesihatan yg baik..
Untuk Tulang empat kerat yg sempurna..ku dapat bekerja demi keberlangsungan hidup..

Buat mereka yg pernah ku sayang..
Mereka yg pernah membuat ku terluka..
Aku memaafkan segalanya..
Aku mendoakan yg terbaik buat kamu...



Buat kamu:

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa DIUJI lalu BERSABAR, DIBERI lalu BERSYUKUR, DIZALIMI lalu MEMAAFKAN dan MENZALIMI lalu BERISTIGHFAR maka bagi mereka KESELAMATAN dan mereka tergolong orang-orang yang memperolehi HIDAYAH." ~ Hadith Riwayat Al-Baihaqi

Salam Kasih Sayang...

Monday 23 May 2011

duHAI aDAM & haWA

duhai adam,
kau sangat sukar dimengerti
kau manusia yang sukar diduga

wahai hawa,
jangan kau terlalu percayainya
bila kau sangka kau cukup kenali dia
kau silap..
bila kau benar2 pasti kau kenali dia 200%
kau benar2 tidak waras

kerana hakikatnya
kita tak kan bisa kenali seseorang itu seluruhnya..
kau tak mampu tahu hatinya..nilai budinya..
kerana tiap orang beda..
tiap orang miliki rahsia..
(yg beda, sejauh mana sifat kerahsiaannya..
sejauh mana ia mampu berkongsi pada ada)

namun,
bagi setiap rahsia yg ditutup kemas..
pasti akan terbuka jua..
cuma cepat atau lambat saja..

jadi..duhai adam & hawa..
mari dengar nasihatku...
jangan mudah percaya...
jangan terlalu berahsia.. (berahsia biar bertempat)
kekejujuran & ikhlas itu perlu...
kerana tanpa nya..tiada makna hubungan...
tidak kau dinamakan manusia jika tiada nilai murni dalam sanubari mu...

sedangkan manusia yg paling jahat..tetap punya rasa belas..punya hati..
inikan pula manusia yg berbuat baik...

ayat ini buat kamu:

bersabarlah lima minit saja
terhadap tipu daya orang yang menipu,
terhadap kezaliman org2 yg zalim
dan kekejaman org2 yg kejam

kerana jalinan tali itu akan jatuh,
tiap ikatan akan terlepas,
orang yg dipenjara akan bebas,
dan kegelapan akan memudar

yg diperlukan hanya anda BERSABAR..
dan MENUNGGU..

salam kasih sayang..buat tiap satu daripada kamu...
assalamualaikum

Naluri KeIBUan ku..

Tetiba ku terkenang...
Peristiwa yg berlaku lebih kurang beberapa tahun lalu...
ketika itu aku masih terlalu muda...

Aku tinggal bersama pakcik & makcik ku..
Rutin harian ku menjaga puteri sulung mereka..
Sedari usianya beberapa bulan..
Masih merah & sering menangis..

Pertama kali ku melihat bayi dari dekat
Sungguh berbeza perasaan ku tika itu..
Tak mampu ku gambarkan..
Baby tu sangat comel..

Tiap kali balik dari sekolah
Aku akan menjaganya..
Tidurkan..main bersama..
Suapkan bubur..
Basuh baju & lampinnya..
(lipat lampin yg paling ku suka)
Mandikan, basuh berak kencingnya..
(paling aku tak gemar basuh botol susu & rendam dengan air panas...)

Kini 16 tahun telah berlalu..
dia telah membesar dengan cantik..
kini di tingkatan empat..

Baru kini aku terasa..
Betapa tangan ku ini pernah berjasa menjaganya..
Walaupun tak sampai setahun...

Dia..saudara perempuan ku..
Yg lawa..pemalu...
Namun tetap punya rasa hormat pada ku..

Ku harapdia tumbuh menjadi insan berguna..
mengerti erti kasih sayang
& hubungan kekeluargaan...
Punya rasa kecintaan yg mendalam pada darah daging sendiri..

Salam kasih sayang...
Tuk renungan anda:  19 keistimewaan wanita..

1. Do'a  wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.  Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka  keatas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka  pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita  yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh  rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya  adalah surga.

7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya  lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."

8. Surga  itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu  maka jawablah  panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada  suaminya dan rekannya ( serta  menjaga sembahyang dan puasanya ).

12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu  surga mana saja yang dia kehendaki

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT  memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan  menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan  mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan  baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seorang perempuan  melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan

18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan

19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT 

Assalamualaikum 

Friday 20 May 2011

SaTU DEtik?? @ LEbih? @ kuRANG?

salam mesra...
jom hayati lirik nihhhh...


"Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya 

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu.."




......sekiranya kau pencinta yang benar2 mencinta...
pasti sayu & syahdu yg kau rasakan..tika lagu ni berkumandang..
hmmm...jiwang la pulak aku nih...


ku akui kadang2 ku merindui sang adam...
terkenang...
teringat zaman muda2 dulu..
namun..... tettttttttttttttttttt......rahsiah... hehehe..


kalau diikutkan..aku mampu mencinta..
dengan sgt2 mencinta.. (sume org pun bole kan?hehehe
"mencinta selamanya"..malah lebih sedetik..dari "selamanya"..
sejam..sehari..sebulan.. "lebih dari selamanya"


namun siapalah kita...sekadar manusia kerdil..
yg bisa berubah & terubah dek masa..
kematangan yg bertambah @ mungkin berkurang dek ujian & rintangan hidup...


dari perspektif cinta..
sedetik kita kenali si dia..bertahun2 kita bisa cintai dia..
namun bila bukan ditakdirkan berjodoh dengannya..
ada yg bisa melupai dgn sedetik masa saja..
tak kurang juga..yg tak mampu melupai selamanya..
malah tak mampu melupakan "lebih dari selamanya" .
atau mungkin tak boleh lupa hingga lebih sedetik..dari "selamanya"..


huhu...
aku dah naik pening dgn ayat aku sndiri heheh...
terlalu banyak perkataan berulang...
rase loya pun ada huhu..


apa2 pun...
sedetik..? kurang? @ lebih...?
mungkin bersederhana itu yg terbaik...
asalkan kita senantiasa dlm keadaan waras...
dan tidak melukai sesiapa...


cau dulu...
pening...pening dgn ayat2 aku..
"bila ayat menjerat diri sndiri" hehehe


kamu baca la kata2 ni...
sekadar perkongsian & tuk renungan bersama


SESUNGGUHNYA AKHLAK YG BAIK & HATI YG LAPANG
ADALAH MERUPAKAN NIKMAT DUNIA..
& KEGEMBIRAAN DI KEMUDIAN HARI..
BAGI SESIAPA SAJA YG ALLAH KEHENDAKI UTK MENJADI BAIK.


SEDANGKAN EMOSI YG BERLEBIHAN..
MUDAH TERSINGGUNG.. & KEMARAHAN YG MEMBUAK-BUAK..
ADALAH SEBUAH PETAKA YG TERUS MENERUS ..
& AZAB YG KEKAL...




Cau dulu...
assalamualaikummmm... w.w













Sunday 15 May 2011

MukaDIMAH....blog wid..


Bismillahhirrahmanirrahim.....

selawat & salam ke atas nabi junjungan... Rasulullah S.A.W sejahtera keatas nya..keluarga & para sahabat....

semoga daku & yg lelain (jika ada) akan beroleh berkat & manfaat daripada blog ini.. insyaallah...

ku mulakan blog ini... tuk diriku sendiri.. tempat meluah rasa & mencoret sesuatu yg ingin ku perkata... ku tak ingin sesiapa pun tau @ membacanya..ku tak mahu sesiapa follow.. namun kiranya...anda terbaca... mungkin sudah rezeki anda....

ku mohon maaf kerana ku bukan penulis yg terbaik...untuk pembaca terbaik..seperti anda..anda.. & juga anda.. (kalau ada yg terjmpa & terbaca la..hihi)... ku sekadar menaip... & akan mencoba untuk tidak mengguris sesiapa..

aku suka menasihati..namun..ilmu ku masih kurang..aku suka berkongsi ilmu.. namun ku tak pakar mengarang. ku menulis untuk diri ku.. jadi anda yg terbaca ini.. jangan terguris/sentap/makan dalam apabila terbaca tulisan ku (hahahah) yg baik itu dari ALLAH swt... yg buruk & serba kurang itu, dari aku sendiri..

jika aku menegur/menasihat.. itu nasihat & teguran & ingatan buat diri ku sendiri... & barulah untuk anda.. anda...juga kamu.. kamu.. kamu... yg TERbaca tulisan ini...

salam manis + madu.. buat lembaran pertama ku... sejahtera ke atas sePUTIH KaSIH WIDuri...
sejahtera ke atas pembaca yg dapat access tulisan ku...& TERbaca tulisan ku..

bertemu lagi di lain lembaran.....

ku tinggalkan kamu dengan kata2 ini:

NILAI MANUSIA..KEMULIAAN MANUSIA...DIUKUR DARI
KEMURAHAN HATI & SIFAT TERPUJI...

BUKAN BAJU YG DIPAKAInya...SEPATUnya..ISTANAnya
DAN BUKAN PULA RUMAHnya..

SUNGGUH YG MENJADI UKURAN ADALAH
NILAI KEILMUANnya...KEDERMAWANnya..
KESABARANnya... AKALnya...

(Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni)


Assalamualikum w.w